Mazda CX-30 2021 Turbo - enjin 2.5 liter turbo, 250 hp/433 Nm, AWD, lebih ciri keselamatan!

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan crossover Mazda CX-30 dengan nadi turbo bukanlah cerita baharu, memandangkan sebelum ini kami pernah melaporkan kehadiran unit tersebut beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan kesinambungan daripada pengenalan Mazda CX-30 2.5S yang hadir dengan enjin 2.5 liter Skyactiv-G aspirasi natural dengan angka output 186 hp/252 Nm.

Mazda CX-30 Turbo 2021 yang mendarat di pasaran Amerika Syarikat  membawakan enjin Skyactiv-G 2.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda dan daya kilas 433 Nm (dengan bahan api oktana 93).

 


Dengan sistem pacuan semua roda dan talaan semula kepada sistem suspensi, Mazda CX-30 Turbo benar-benar mendefinisikan 'sport' di dalam nama sport utility vehicle.

Dari segi luaran, Mazda CX-30 Turbo diberikan penampilan yang lebih sporti, dimulakan dengan rim aluminium hitam bersaiz 18 inci, kemasan hitam berkilat pada cermin sisi, cladding plastik hitam, emblem 'Turbo' serta tip ekzos yang lebih besar.

 


Aspek keselamatan turut dipertingkatkan dengan penambahan ciri i-Activesense seperti Smart City Brake Support, Rear Cross-Traffic Braking, Traffic Jam Assist yang menawarkan input stereng automatik sehingga kelajuan 64 km/j serta sistem paparan keliling 360 darjah.

Tiada sebarang perubahan diberikan pada ruang kabin, bermakna CX-30 Turbo turut mendapat ciri seperti sistem Apple CarPlay dan Android Auto, sistem infotainmen 8.8 inci, paparan digital 7 inci, sistem audio dengan lapan pembesar suara, Active Driving Display, Traffic Sign Recognition, dan sistem lapu hadapan adaptif.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MAZDA CX-30 2023 buatan Kulim, Kedah   Terbaru Mazda memperkenal CX-30 2024 untuk pasaran…
Berita Domestik
Sama seperti Mazda3, aspek ketersambungan telah ditambahbaik dengan slot USB pada konsol tengah dan…
Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dinamakan sebagai e-Skyactiv X ini bakal membuat kemunculan menerusi model…