Mazda CX-30 2021 di US dapat nama baharu, kemungkinan versi turbo akan hadir?

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, Mazda USA telah memperkenalkan beberapa kemaskini untuk model CX-30 tahun keluaran 2021, dimulakan dengan nama baharu yang sedikit panjang, iaitu Mazda CX-30 2.5S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia sebenarnya bukanlah pengenalan terhadap nadi baharu, memandangkan kesemua varian CX-30 yang dijual di Amerika Syarikat hadir dengan nadi Skyactiv-G 2.5 liter yang mampu menghasilkan 186 kuasa kuda dan 252 Nm daya kilas.

Namun, terdapat kemungkinan besar Mazda bakal membawakan enjin 2.5 liter turbo terhadap penawaran Mazda CX-30 (Mazda CX-30 2.5 T?), susulan kepada pengenalan model Mazda3 2021 yang kini ditawarkan dengan enjin turbo yang menghasilkan 250 hp/252 Nm itu.

 


Antara perubahan yang dibawakan adalah penambahan ciri standard sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto untuk model aras mula, selain sistem lampu utama LED, wiper dengan penderia sensitif hujan, rim aloi 16 inci, sistem infotainmen 8.8 inci dengan lapan pembesar suara dan paparan digital 7 inci di hadapan pemandu.

Sistem bantuan pemandu juga turut dilengkapkan standard termasuklah kawalan pelayaran radar Mazda dengan fungsi berhenti dan mula, sokongan brek pintar, kawalan suluhan tinggi, amaran keluar laluan dan amaran tumpuan pemandu.

Bagi mereka yang memilih Select Package (bermula dari $23,900) akan mendapat cermin privasi di belakang, rim aloi bersaiz 18 inci, stereng balutan kulit, tempat duduk leatherette, kawalan iklim automatik dua zon, corong pendingin hawa baris kedua, perehat tangan di baris kedua dengan pemegang cawan, sistem kemasukan pasif dan ciri keselamatan sistem pemantauan titik buta dan amaran lintasan trafik belakang.

 


CX-30 2.5 S dengan Preferred Package pula bermula dari $26,300 dan hadir dengan kelengkapan tambahan termasuklah paparan head-up, tempat duduk balutan kulit, kemudahan navigasi GPS, lampu signatur LED, lampu utama adaptif, liftgate berkuasa, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, rel bumbung, antena sirip jerung dan paddle shifter.

Sistem pacuan roda hadapan adalah standard untuk kesemua trim, namun para pembeli boleh mendapatkan opsyen pacuan semua roda dengan tambahan kos sebanyak $1,400 dan bantuan kawalan cengkaman off-road.

 


Di Amerika Syarikat, Mazda CX-30 2021 akan mula dijual bermula bulan hadapan dengan harga jualan bermula dari $21,900 (RM93,130).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MAZDA CX-30 2023 buatan Kulim, Kedah   Terbaru Mazda memperkenal CX-30 2024 untuk pasaran…
Berita Domestik
Sama seperti Mazda3, aspek ketersambungan telah ditambahbaik dengan slot USB pada konsol tengah dan…
Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dinamakan sebagai e-Skyactiv X ini bakal membuat kemunculan menerusi model…