Mazda CX-3 dengan nadi Skyactiv-G 1.5 liter dilancarkan di Jepun - lebih jimat!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Jepun telah mengemaskini penawaran crossover kecil Mazda CX-3 dengan memperkenalkan varian baharu dengan nadi bersesaran lebih kecil serta layangan warna baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tambahan kepada enjin 2.0 liter Skyactiv-G dan enjin 1.8 liter diesel Skyactiv-D, Mazda CX-3 kini ditawarkan dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter Skyactiv-G yang dipadankan dengan transmisi automatik enam nisbah kelajuan.

 


Varian baharu dengan enjin 1.5 liter ini mampu menghasilkan 110 kuasa kuda dan 114 Nm daya kilas yang memacu roda hadapan (opsyen pacuan semua roda).

Menariknya, menurut Mazda, CX-3 1.5 liter ini dikatakan lebih ekonomikal berbanding varian 2.0 liter, dengan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.9 liter untuk setiap 100 km.

 


Untuk warna badan pula, pihak Mazda turut menawarkan layangan warna Polymetal Grey Metallic - warna sama yang membuat kemunculan rasmi pada Mazda3 dan model MX-5.

Di Jepun, Mazda CX-3 akan mula dijual pada 4 Jun dengan harga jualan bermula dari ¥1,892,000 (RM76,216).

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Global
Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.…