Mazda CX-3 2022, varian baharu enjin SKYACTIV-G 1.5L Core, dari RM108k

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Mazda di Malaysia hari ini melancarkan dua varian baharu crossover CX-3, iaitu CX-3 1.5L 2WD Core dan CX-3 2.0L 2WD Core.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua varian baharu ini diposisikan sebagai varian aras mula, direka untuk mereka yang mahukan sebuah crossover yang stailo dan premium pada harga yang lebih mampu milik.

Varian 1.5L Core didatangkan dengan enjin 1.5 liter SKYACTIV-G, menghasilkan kuasa setinggi 114 hp dan daya kilas 149 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik SKYACTIV-Drive enam nisbah kelajuan serta mod Manual Shift.
 

CX3


CX-3 1.5L Core ini juga turut didatangkan dengan teknologi G-Vectoring Control (GVC) untuk prestasi dan kestabilan pemanduan yang tersendiri.

Sementara CX-3 2.0L Core pula mengekalkan penawaran enjin yang terdahulu, iaitu nadi 2.0L SKYACTIV-G yang mampu menjana kuasa 154 hp dan daya kilas 206 Nm, serta padanan transmisi yang serupa.

Secara standard, CX-3 1.5L Core dan CX-3 2.0L Core mendapat kelengkapan seperti lampu utama halogen, kombinasi lampu mentol di belakang, kamera undur, rim bersaiz 18 inci, roda stereng dan tombol gear balutan kulit, tempat duduk balutan fabrik, skrin sentuh bersaiz lapan inci dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto, sokongan kamera undur, serta ciri keselamatan seperti dua beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek Kecemasan, Kawalan Kestabilan Dinamik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Auto Hold dan cagak ISOFIX.
 

CX3


Varian tertinggi CX-3 2.0L High pula mendapat kelengkapan tambahan seperti lampu LED depan dan belakang (kecuali lampu kabus belakang menggunakan mentol), empat penderia parkir depan dan belakang, tempat duduk balutan kulit, sistem pendingin hawa automatik zon tunggal, sokongan Apple CarPlay tanpa wayar, kamera 360 darjah, serta pengecasan peranti pintar nirwayar.

Ciri keselamatan pula ditambah dengan empat lagi beg udara SRS, menjadikan enam secara keseluruhannya, selain mendapat teknologi keselamatan termaju termasuklah Kawalan Suluhan Tinggi (HBC), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA), serta Sokongan Brek Pintar Bandar (SCBS).

Terdapat enam pilihan warna menarik termasuklah Polymetal Gray, Machine Gray, Soul Red Crystal, Jet Black, Platinum Quartz dan Snowflake White Pearl.
 

CX3


Harga jualan Mazda CX-3 2022 bermula dari RM107,870 untuk varian 1.5L, RM118,159 untuk versi 2.0L Core, manakala Mazda CX-3 2.0L High pula bermula dari RM131,359.00.

Tempahan kini dibuka, dan setiap model kini dilindungi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/100,000 km, serta pakej penyelenggaraan percuma, juga selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000 km yang mana tiba dahulu.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Global
Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.…