Mazda CX-3 2018 tampil dengan perubahan visual minimum

oleh Muhammad Md Tajudin|
Berbanding dengan pesaing lain dalam pasaran, Mazda CX-3 tampil tersendiri. Paling unik ialah saiznya dan bentuknya ibarat kereta hatchback kompak yang mempunyai jarak kelegaan bumi tinggi.

Menjarakkan lagi dengan pesaing utama seperti Honda HR-V ialah harganya yang berada dalam kelas tersendiri, dan kesemua ini tidak menjadikan CX-3 tawaran kurang menarik.

Mazda CX-3 tetap popular dan ini boleh dilihat dari jumlahnya di atas jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mazda CX-3

 

Walaupun sudah berusia tiga tahun di atas jalan raya sejak 2015, SUV kompak ini masih lagi kelihatan segar dan baharu.

Tempoh masa tiga tahun itu juga bermakna sudah sampai masanya CX-3 diberi wajah baharu dan Mazda telah mendedahkan model kemaskini di Pameran Kenderaan Antarabangsa New York 2018 yang bermula hari ini.

Mungkin sudah menjadi trend sekarang apabila perubahan model facelift tampak begitu minimum.

 

Mazda CX-3

 

Begitu minimum sehingga kami tidak dapat mencerna apa yang diubah walaupun berkali-kali membaca siaran media rasmi dan juga gambar yang diberikan.

Mujurlah dunia internet ini luas dan melalui bacaan dari laman web Autoblog barulah kami dapat mengesan apa yang telah diubah.

Memang sukar untuk mengesan apa yang diubah sebab ia memang sedikit. Lebih kepada kemasan semula seperti bilah gril yang dikumpulkan setiap dua baris dan corak lampu belakang baharu.

 

Mazda CX-3

 

Untuk model facelift ini Mazda banyak memberikan fokus kepada perkara yang tidak nampak seperti berikut:

  • Enjin 2.0 kini bertambah 2 hp kepada 148 hp
  • Kuasa tork yang dapat dirasai pada pelbagai julat kelajuan enjin
  • Lebih cekap bahan api
  • Teknologi GVC (G-Vectoring Control) untuk pemanduan semasa selekoh yang lebih stabil
  • Stereng dan suspensi yang ditala semula
  • Tayar yang mampu menyerap hentakan dengan lebih baik 
  • Panel pintu dan cermin belakang yang lebih tebal untuk suasana dalaman lebih senyap
  • Kerusi yang lebih lebar dengan kusyen baharu untuk lebih keselesaan
  • Perehat lengan baharu di konsol tengah
  • Perehat lengan kerusi belakang dengan pemegang cawan
  • Kemasan suede tiruan untuk lebih rasa premium

 

Mazda CX-3

 

Mazda CX-3 ini baru saja didedahkan di AS dan masih belum boleh dibeli di sana. Seperti lazimnya, model ini akan tiba di negara kita selepas beberapa ketika dan alangkah menariknya jika ia dipasang di sini dan menikmati pula insentif EEV.

Masa itu, harga pasti lebih menarik bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…