Mazda CX-3 1.5L Plus - SUV kecil yang diluar jangkaan?

oleh Firdaus Razani|
Beberapa hari lalu, penulis Careta berpeluang untuk pandu uji sebuah SUV kompak yang juga SUV paling kecil untuk jenama Mazda iaitu, Mazda CX-3.

Mungkin ada beberapa “luahan” penulis sedikit tidak sependapat dengan segelintir pembaca, kerana CX-3 bukan sebuah kereta yang tidak terlalu bagus, tetapi ia tidak mencapai jangkaan penulis ketika pandu uji SUV ini.

 

cx3

 

Pada awalnya, penulis menjangkakan sesuatu yang menarik dari sebuah SUV kompak berharga lebih RM100 ribu ini, tapi ia adalah sebaliknya, tidak kecewa, tetapi tidak juga teruja.

 

cx3

 

Sewaktu awal melangkah kaki ke dalam kereta ini, penulis berasa seperti sesuatu yang ‘kurang’ dan hanya bereaksi “oh” sahaja.

Hmm, mungkin itu adalah perasaan ketika sesuatu perkara tidak mencapai apa yang kita jangkakan?

Baiklah, perkara yang penulis rasa kurang tersebut adalah fungsi konsol serta infotainmen yang berasa agak ‘basic’, tetapi sokongan Apple CarPlay dan Android Auto menjadi penyelamat untuk perkara itu.

 

cx3

 

Tetapi kredit harus diberikan pada fungsi butang kawalan, kerana dengan jenis ‘rotary’, ia sememangnya mudah untuk mengawal sistem infotainmen, terutama sekali ketika sedang memandu.

 

cx3

 

Walaupun begitu, sedikit berasa kecewa adalah kerana tiada port pengecasan Type-C, kerana kebanyakkan telefon pintar sekarang ini semua menggunakan pengecasan Type-C, jadi ketiadaan port tersebut menjadi CX-3 berasa agak ‘kurang’.

Selain itu, keselesaan ruang pemandu juga agak tidak memuaskan yang mungkin tidak bersesuaian untuk segelintir mereka yang berbadan besar atau tinggi.

 

cx3

 

Bagi penulis, pengalaman pemanduan terbaik juga datang dari keselesaan ruangan terutama sekali ketika memandu.

Tambahan itu juga, ia bukan sahaja penting bagi pemandu, malah penumpang juga harus dipertimbangkan aspek keselesaan mereka.

Untuk CX-3, ruang kaki bagi tempat duduk penumpang belakang agak tidak mesra bagi mereka yang tinggi, bukan tidak boleh masuk, tetapi keselesaan itu kurang.

 

cx3

 

Selain itu, pengalaman pemanduan dari kawalan kenderaan juga agak biasa bagi penulis, seperti penulis sorotkan pada awal penulisan ini, tidak mencapai jangkaan sebuah kereta bernilai lebih RM100 ribu.

 

cx3

 

Mungkin perkara itu bukan isu besar, kerana ia pun hanya sekadar SUV kompak dan paling kecil untuk bawah jenama Mazda, tambahan pula, penulis hanya memandu uji CX-3 varian paling rendah iaitu 1.5L Plus.

Tetapi dari segi prestasi, SUV ini penulis berasa ia sesuai untuk ekspedisi perjalanan panjang, yang mungkin boleh jadi ‘keypoint’ yang boleh dipertimbangkan pada SUV kecil ini.

 

cx3

 

Tambahan pula, ia mempunyai ruangan kapasiti kargo bersaiz yang sedikit luas, jadi ia sesuailah untuk anak perantau yang jauh dari kampung halaman untuk mengisi barang balik ke kampung.

 

cx3

 

Secara keseluruhan, kereta ini bukanlah tidak bagus, tetapi dari sisi penulis, ia agak tidak sesuai dari keseluruhan aspek yang disebut sebelum ini bagi kegunaan penulis.

Namun, ia sesuai bagi sesiapa yang ingin merasai memiliki sebuah SUV, dan minat dengan identiti jenama Mazda yang elegan serta tidak kisah mengenai bajet.

 

cx3

 

Tambahan, Mazda menawarkan servis percuma untuk lima tahun bagi setiap model mereka, dan perkara tersebut menjadi antara ‘tarikan’ pengguna Mazda.

 

cx3

 

Mengenai Mazda CX-3 ini, ia mempunyai tiga pilihan varian iaitu bermula dari varian rendah 1.5 Plus, 2.0 Plus dan 2.0 High varian tertinggi bagi CX-3.

Trenkuasa pula 1.5L menggunakan enjin SKYACTIV-G 1.5 liter DOHC, yang memberi kuasa output sehingga 114hp dan kuasa tork pada 149Nm.

 

cx3

 

Manakala bagi kedua-dua varian 2.0 Plus dan High, ia menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter DOHC yang memberi kuasa output sehingga 154hp dan 206Nm.

Harga bagi setiap varian adalah seperti berikut;

1.5L Plus - RM115,000

2.0L Plus - RM125,000

2.0L High - RM138,000

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Global
Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.…