Mazda Charity Golf 2019 sumbang RM447,550 kepada mereka yang memerlukan

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, Bermaz Motor selaku pengedar utama kenderaan Mazda telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal Mazda ke-7 untuk Dana Medicare Mazda (MMF).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penganjuran acara ini bertujuan untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan juga bantuan perubatan kepada mereka yang memerlukan, serta menyokong komuniti amal seperti rumah orang tua dan anak yatim menerusi bantuan kewangan dan acara amal.

Tahun ini, kejohanan golf amal tersebut bertempat di Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club (SAASGCC) Shah Alam dengan penyertaan kira-kira 150 orang. 

Acara ini berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM447,550.00 hasil sumbangan para peserta, penderma dan juga penaja, di mana wang tersebut akan diuruskan oleh Dana Medicare Mazda (MMF). 

 


Ketika upacara penyampaian hadiah, wakil daripada beberapa organisasi seperti Mount Miriam Cancer Hospital (Pulau Pinang), St. Joseph's Home, House of Love, Pusat Jagaan OKU Nur dan Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor telah dijemput untuk menerima cek daripada Dato' Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad. 

MMF telah dimulakan sejak tahun 2015 dengan kerjasama daripada B. Braun Avitum Renal Services yang memberikan khidmat hemodialisis kepada pesakit ESRD yang tidak berkemampuan. 

Sehingga kini, terdapat 12 pusat dialisis B. Braun dan kira-kira RM2.4 juta telah digunakan bagi membantu lebih daripada 176 orang pesakit di seluruh negara. 

Selain daripada pusat dialisis, MMF juga aktif membantu beberapa komuniti seperti rumah orang tua, anak yatim, OKU, serta kanak-kanak down syndrom di mana komuniti ini benar-benar disaring oleh pasukan MMF bagi memastikan segala derma disalurkan dengan baik. 
 


Tahun lalu, Bermaz telah memperkenalkan Mazda Privilege Card (MPC) di mana ia merupakan program bersama MMF yang menyalurkan segala yuran pendaftaran sebagai derma oleh pemilik Mazda. 

Pengenalan MPC disambut baik oleh para pemilik Mazda di mana mereka yang menyertai turut menerima ganjaran berupa 15 peratus diskaun ke atas komponen dan alat ganti Mazda tulen, selain daripada diskaun 5 peratus kos buruh di mana-mana pusat pameran dan pusat servis Mazda yang dioperasikan oleh Bermaz Motor dan Prima Merdu.