Mazda Carol 2022 - tukar lencana dari model Suzuki Alto

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelapan kereta kei Mazda Carol telah pun dilancarkan secara rasmi di Jepun dengan membawakan reka bentuk yang pernah kita lihat - Suzuki Alto.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tradisi ini sebenarnya telah pun wujud sejak generasi kedua Carol yang muncul pada tahun 1989 di mana ia menggunakan asas (tukar lencana) daripada Suzuki Alto.

Meskipun membawakan reka bentuk yang hampir seiras termasuk dimensi (3,395 mm x 1,475 mm x 1,525 mm, jarak antara roda 2,460 mm), Mazda Carol membawakan perubahan kecil seperti ketiadaan trim krom pada muka depan, serta tidak ketinggalan lencana Mazda.

Untuk pasaran Jepun, Mazda menawarkan tiga trim iaitu GL, Hybrid GS dan Hybrid GX.
 

GS


Versi asas GL membawakan enjin 660 cc yang mampu menghasilkan 48 hp, padanan transmisi CVT serta pilihan pacuan dua roda atau semua roda.

Sementara varian hibrid pula menampilkan penambahan komponen integrated starter generator (ISG) yang mampu menambah kuasa 2.5 hp, pek bateri lithium-ion, serta penggunaan bahan api serendah 3.6 liter/100 km.

Ruang kabin pula menampilkan susun atur yang serupa, namun Carol tidak didatangkan dengan sistem infotainmen tujuh inci yang sama pada model Alto. Hanya panel plastik sahaja yang menutupi ruang tersebut.
 

GX


Namun, Carol tetap hadir dengan ciri keselamatan standard merangkumi enam beg udara, serta beberapa ciri asas ADAS seperti sistem sokongan brek dua kamera, amaran keluar laluan, bantuan suluhan tinggi dan sokongan brek mengundur.

Untuk trim yang lebih tinggi didatangkan dengan ciri seperti unit lampu LED, rim aloi bersaiz 14 inci dan sistem pendingin hawa automatik.

Di Jepun, Mazda Carol dijual bermula dari ¥998,800 (RM36,082) sehingga ¥1,303,500 (RM47,566).

Berita Berkenaan

Informasi
Mazda R360     Dengan ukuran tidak sampai tiga meter, Mazda R360 Coupe boleh memuatkan empat…