Mazda buat balik alatganti untuk MX-5 Miata MK1

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat dan pemilik Mazda Miata MX-5 generasi pertama sudah boleh tersenyum kerana Mazda sudah mula menghasilkan kembali alatganti untuk model tersebut.

Walaupun sekarang ia hanya untuk kawasan Eropah dan UK sahaja, Mazda menghasilkan sejumlah 117 alatganti untuk model pandu kiri dan 156 komponen untuk model pandu kanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Segala alatganti itu dibuat mengikut spesifikasi asal, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden.

Kesemua alatganti itu dipilih berdasarkan kajian yang dilakukan bersama kelab-kelab pemilik Miata MK1 dan juga kelab-kelab pemiliknya.

 

 

Antaranya ialah bumbung lipat baharu yang menggunakan tingkap belakang sama seperti yang lama (plastik lutsinar) dan roda aloi Enkei yang sama tetapi dengan bahan dan teknologi baharu yang lebih ringan dan kukuh.

Paling menarik juga ialah komponen alatganti untuk bahagian kabin, antara masalah utama untuk mereka yang mahu melakukan pembaikan untuk model-model lama dari jenama Jepun.

Dengan adanya internet, pastinya pemilik Miata di Malaysia boleh mencari dan membeli alatan ganti tersebut dan dengan adanya lebih banyak komponen, harga model ini juga akan meningkat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…