Mazda BT-50 Thunder 2021 - khusus untuk pasaran Australia

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Australia baru-baru ini mengumumkan penawaran model bertaraf mercu untuk trak pikap Mazda BT-50 yang dinamakan sebagai BT-50 Thunder.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka khusus untuk memenuhi permintaan pasaran Down Under, Mazda BT-50 Thunder menampilkan rekaan luaran yang lebih garang dan agresif bagi memberikan saingan secara terus kepada model-model seperti Hilux Rugged X dan Navara N-Trek Warrior.

 


Apa yang membezakan antara varian Thunder dan varian BT-50 yang lain adalah pemasangan bull bar keluli bespoke, bar lampu LED daripdaa Lightforce, rim aloi hitam bersaiz 18 inci, fender flare, dan tempat pemijak sisi.

Selain daripada itu, bahagian belakang BT-50 Thunder ini dipasang dengan sports bar, dan roller tonneau cover berkuasa elektrik.

 


Menurut Mazda, modifikasi yang disebutkan itu tadi menambah nilai sebanyak AU$13,000 kepada harga jualan Mazda BT-50 GT Dual Cab 4x4.

Namun begitu, tiada sebarang perubahan diberikan kepada enjin asal 3.0 liter turbo diesel yang menghasilkan 187 hp dan 450 Nm serta padanan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.

 


Sistem pacuan empat roda 4x4 adalah standard untuk varian Thunder ini.

Harga jualan atas jalan bermula dari AU$65,990 (RM208,390) untuk versi manual, dan AU$68,990 (RM217,864) untuk versi automatik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…