Mazda BT-50 kini berwajah baru rekaan KODO

oleh Mohamad Hanif|
Mazda BT-50 merupakan sebuah trak pikap keluaran Mazda yang direka berdasarkan platform Ford Ranger T6.

Walaupun berkongsi platform yang serupa, namun pihak Mazda bekerja sendiri bagi menyiapkan reka bentuk Mazda BT-50 ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2018, pihak Mazda Australia kini mengemaskini rupa trak pikap tersebut dengan mengintegrasikan rekaan KODO yang diguna pakai pada adik beradiknya sebelum ini. 


 

 


Jika diperhatikan pada rekaan grill hadapan Mazda BT-50 ini, ada sedikit persamaan di antara facelift terbaharu ini dengan rekaan grill KODO yang diguna pakai pada Mazda CX-5 beberapa tahun yang lepas. 

Mengekalkan rekaan lampu yang sama, pihak Mazda dilihat mengubah sedikit rekaan bumper hadapan supaya tampak lebih maskulin dan tegap. 

 


Sistem hiburan yang dipasang pada Mazda BT-50 ini bukanlah sistem MZD Connect seperti kebiasaan yang dilengkapkan pada model Mazda yang lain. 

Sistem daripada Alpine ini mempunyai skrin sentuh sebesar 7 inci dan menyokong sambungan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto. 

Antara kelengkapan lain yang turut dimuatkan termasuklah chrome sport bar dengan lampu LED terintegrasi dalam, heavy duty bed liner, tailgate central lock, lampu ruang kargo serta soket sumber kuasa.
 

Mazda BT-50 masih mengekalkan penggunaan nadi kuasa enjin diesel turbo 3.2 liter lima silinder menghasilkan 197 kuasa kuda dan 470 Nm kuasa tork. 

Harga jualan Mazda BT-50 facelift ini dijual bermula pada harga AUD $32,205 (RM95,449)* sehingga AUD $ 51,990 (RM154,089)* untuk varian termewah. 

 

*berdasarkan kadar pertukaran wang semasa

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…