Mazda BT-50 generasi ketiga bakal dilancarkan 17 Jun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama menunggu, pihak Mazda akhirnya bersedia untuk melancarkan generasi baharu trak pikap Mazda BT-50.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hal ini dilihat berdasarkan gambar teaser yang dimuatnaik oleh pihak Mazda Australia, menandakan pelancaran rasmi trak pikap yang dijadualkan pada 17 Jun ini.

Seperti yang diketahui umum, generasi terdahulu Mazda BT-50 merupakan kerjasama antara Mazda dan Ford, di mana ia dibangunkan berdasarkan platform trak pikap Ranger T6 yang dihasilkan bermula tahun 2011 sehinggalah sekarang.

Generasi baharu Mazda BT-50 kali ini dibangunkan menggunakan platform generasi baharu trak pikap Isuzu D-Max yang telah dilancarkan pada hujung tahun lalu.

Menurut laporan daripada CarAdvice, tiada sebarang perubahan ketara di sebalik kulit luaran Isuzu D-Max dan Mazda BT-50 serba baharu.

 


Malah, penawaran enjin juga kekal serupa di mana Isuzu D-Max 2020 hadir dengan dua pilihan enjin sedia ada, iaitu 3.0 liter 4JJ3-TCX (190 PS/450 Nm) dan enjin terkecil 1.9 liter RZ4E-TC (150 PS/350 Nm), dan kedua-duanya digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik serba baharu.

Namun sudah pasti Mazda akan membawakan rekaan yang tersendiri bagi membezakan rupa luaran trak pikap mereka dengan model asas Isuzu D-Max.

Untuk pasaran Malaysia pula, pihak Isuzu Malaysia sebelum ini telah pun mengesahkan bahawa generasi baharu trak pikap Isuzu D-Max tidak akan dibawa masuk untuk tahun 2020.

Ini bermakna menjelang tahun hadapan, kita mungkin dapat melihat pasaran trak pikap tempatan akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran model-model baharu Isuzu D-Max serta 'kembarnya' Mazda BT-50, serta tidak ketinggalan, Toyota yang baharu sahaja melancarkan model facelift Hilux dengan enjin serba baharu.

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…