Mazda BT-50 2021 - 'kembar' D-Max yang lebih mewah!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi ahli keluarga terbaharu daripada Mazda sudah pun rasmi dilancarkan, iaitu trak pikap Mazda BT-50 2021 setelah kira-kira seminggu imej teaser diperlihatkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti yang diketahui, Mazda BT-50 dibangunkan daripada platform trak pikap Isuzu D-Max, namun dengan pakej penggayaan yang tersendiri dan unik pada Mazda, sudah pasti bahasa rekaan Kodo yang diterapkan pada trak pikap itu.

 


Dimulakan dengan bahagian muka yang menjadi daya penarik mana-mana trak pikap, Mazda BT-50 berjaya mengasimilasikan rekaan famili Mazda dengan kehadiran lampu utama yang menyerupai Mazda CX-5, gril krom yang gagah terpampang serta kehadiran kluster lampu kabus dan lampu membelok yang diposisikan menegak.

Lampu belakang juga turut diberikan identiti tersendiri bagi membezakan antara Mazda BT-50 dan juga model penderma Isuzu D-Max.

 


Tatkala ruang kabin Isuzu D-Max sudah pun cukup kelihatan moden, para jurutera Mazda berjaya menjadikan ruang kabin BT-50 sebagai sebuah Mazda sejati, dengan penampilan yang cukup mewah.

Roda stereng three-spoke tipikal Mazda turut kelihatan, dan diikuti dengan skrin infotainmen yang menerima sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Kemasan upholsteri kulit boleh dilihat pada bahagian seperti terowong transmisi, papan pemuka, konsol tengah dan juga tempat duduk.

 


Memandangkan Mazda BT-50 berkongsi platform Isuzu, trenkuasa Isuzu juga turut mendiami perut trak pikap tersebut dengan kehadiran enjin diesel 3.0 liter yang menghasilkan 188 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas.

Sistem transmisi pula adalah daripada jenis manual dan automatik, kedua-duanya menawarkan enam nisbah kelajuan.

Ciri keselamatan trak pikap ini juga turut diberikan tumpuan, di mana Mazda BT-50 dilengkapi dengan ciri standard seperti Kawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Pengekalan Laluan, Pemantauan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

 


Mazda BT-50 2021 akan mula dijual di Australia bermula tahun ini dan harga jualan hanya akan diumumkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripadanya ialah pek SP Pro yang merangkumi sistem suspensi Nitrocharger untuk…
Berita Global
BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan…
Berita Domestik
Ini kerana menurut laporan daripada rakan media Wapcar, terdapat beberapa pengedar Mazda telah pun…