Mazda BT-50 2021 bakal serang pasaran Australia Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua bulan pelancaran rasmi trak pikap BT-50, Mazda telah mengesahkan bahawa 'kembar' kepada Isuzu D-Max tersebut bakal memasuki pasaran Australia pada bulan Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti generasi terdahulu Mazda BT-50 yang berkongsi platform dengan Ford Ranger, Mazda kali ini menggunakan platform trak pikap daripada Isuzu, namun dengan membawakan rekaan yang tersendiri 'Kodo'.

Mazda BT-50 untuk pasaran Australia akan ditawarkan dalam versi enjin 3.0 liter diesel sahaja, menghasilkan 188 hp dan 450 Nm dan mempunyai keupayaan untuk menunda beban seberat 3,500 kg dan had muatan 1,000 kg.

 


Dari segi luaran, Mazda berjaya 'memasang' rekaan identiti tersendiri pada BT-50 dimulakan dengan unit lampu utama, rekaan gril hadapan krom yang gagah terpampang sebelum diakhiri dengan unit kluster lampu kabus dan lampu membelok yang diposisikan menegak.

Perubahan besar juga turut dibawakan di bahagian ruang kabin BT-50, di mana ia kini menampilkan roda stereng yang lebih sporti, serta sistem infotainmen besar yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Kemasan upholsteri kulit boleh dilihat pada bahagian seperti terowong transmisi, papan pemuka, konsol tengah dan juga tempat duduk.

 


Setakat ini, tiada sebarang informasi berkenaan harga jualan di pasaran Australia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…