Mazda berhenti jual BT-50 di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|

Kali ini giliran Mazda pula mahu meninggalkan pasaran trak pikap di negara jiran kita, Indonesia.

Sebelum itu, Ford telah meninggalkan terus pasaran terbesar Asia Tenggara itu dan Ranger menjadi sebuah trak pikap yang sangat "rare" di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wakil jenama Mazda untuk Indonesia, Eurokars Motor Indonesia (EMI) berkata jualan trak pikap BT-50 akan dihentikan tahun ini.

EMI masih lagi akan meneruskan jualan kereta-kereta Mazda (Mazda2, Mazda3, Mazda6, CX-3, CX-5, CX-9 dan MX-5), cuma ia akan menutup terus produk untuk kenderaan komersil mereka yang mempunyai hanya satu model, trak pikap BT-50.

EMI sudah menghentikan pengimportan masuk BT-50 sejak tahun lalu lagi dan mereka mahu menghabiskan sisa-sisa stok yang tinggal.

Trak pikap di Indonesia hanyalah untuk pasaran kenderaan perdagangan (sama seperti di Singapura) dan sekarang ini, pembeli di negara itu hanya mempunyai Mitsubishi Triton, Toyota Hilux dan Nissan Navara sahaja.

Mazda juga pernah mengumumkan bahawa BT-50 ialah trak terakhir mereka dengan Ford. Mereka telah memilih Isuzu untuk menjadi rakan teknikal bagi model pengganti BT-50 sediada kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…