Mazda bangunkan enjin Skyactiv baharu - konfigurasi enam silinder sebaris

oleh Mohamad Hanif|

Sebagai sebuah pengeluar yang masih berdegil dengan enjin pembakaran dalaman Skyactiv-nya, Mazda kini mengorak langkah ke hadapan dengan membangunkan siri baharu enjin enam silinder sebaris. 

Enjin ini bakal didapati dalam versi petrol dan diesel, dan dikhaskan untuk barisan kenderaan premium Mazda akan datang. 

Pengumuman pembangunan enjin enam silinder sebaris ini dinyatakan sekali bersama pembangunan platform baharu yang akan merangkumi kenderaan pacuan roda belakang dan semua roda. 

Adakah ini bermakna Mazda bakal hadir dengan sedan sports mewah berpacuan roda belakang? 

 


Trend ini bukanlah satu perkara yang aneh, memandangkan banyak pengeluar yang sudah pun hadir dengan jentera berkonfigurasi tersebut, seperti Mercedes-Benz dan BMW. 

Akan tetapi, untuk Mazda, ini adalah kali pertama mereka hadir dengan produk seumpama ini yang didatangkan dengan enjin enam silinder. 

Enjin baharu ini bakal menampilkan teknologi Spark Controlled Compression Ignition (SCCI) yang ada pada Skyactiv-X - memberikan lebih kuasa kuda dan tahap penjimatan bahan api yang lebih baik. 

Antara model yang berpotensi untuk dibangunkan dengan enjin baharu ini ialah Mazda Vision Coupe 2018 yang pernah ditampilkan oleh pengeluar tersebut dua tahun yang lalu. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, syarikat British milik Tataitu berkata ia tidak mempunyai perancangan untuk…
Berita Global
Nampaknya, keluarga 45 di dalam divisyen Mercedes-AMG (A 45, CLA 45, GLA 45, dan GLB 45) dijangka…
Berita Global
Ini kerana kerajaan New Delhi telah memutuskan bahawa pihak berkuasa berhak menghalang pendaftaran…