Mazda bakal tambah varian mild-hybrid untuk model EV MX-30

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu sidang media yang diadakan di Jepun baru-baru ini, pengeluar yang sinonim dengan imej Skyactiv mengumumkan kehadiran varian baharu untuk model EV pertama mereka, MX-30.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Varian yang dimaksudkan bukanlah EV dengan pek bateri yang lebih besar, sebaliknya crossover MX-30 tersebut bakal hadir dengan trenkuasa mild-hybrid (MHEV) seperti yang terdapat pada model Mazda3 dan juga CX-30.

Ini bermakna, varian baharu Mazda MX-30 itu kini bergantung kepada sistem M Hybrid yang menggunakan sistem brek regeneratif untuk tujuan pemulihan tenaga yang biasanya hilang ketika proses brek, serta bantuan motor elektrik bagi membantu proses pecutan.

 


Mengikut spesifikasi, Mazda3 dan Mazda CX-30 yang dilengkapi dengan sistem M Hybrid ini mampu menjana kuasa sehingga 180 PS serta menjanjikan penggunaan bahan api gabungan 4.5 liter untuk setiap 100 km.

Selain daripada varian mild-hybrid, beberapa laporan terdahulu turut mencadangkan terdapat kemungkinan model MX-30 hadir dengan unit penambah jarak (range extender) yang menggunakan nadi rotari.

 


Seperti yang dilaporkan tahun lalu, Mazda memperkenalkan model elektrik produksi massa MX-30 menerusi acara Tokyo Motor Show 2019 dengan pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 200 km sifar emisi.

Laman Autoblog mencadangkan terdapat beberapa perbezaan bakal wujud antara varian MX-30 EV dan MX-30 MHEV seperti berat akibat ketiadaan pek bateri yang besar, angka prestasi serta harga jualan yang jauh lebih rendah berbanding model EV.

Mazda walaubagaimanapun tidak mendedahkan negara mana yang bakal menerima varian mild-hybrid MX-30, namun sebagai makluman, Malaysia telah pun dilaporkan bakal menerima model Mazda MX-30 menjelang suku keempat tahun ini.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…