Mazda bakal produksi EV menjelang tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan daripada Autocar, kenderaan elektrik (EV) pertama daripada jenama Mazda dijangka hadir pada tahun 2020, dan ia tidak akan dibina menggunakan mana-mana platform model sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Sebaliknya, menurut ketua rekaan Mazda, Jo Stenuit, model EV ini merupakan model mandiri (standalone) dan mereka merancang untuk menghasilkan sebuah EV yang normal dan dengan rekaan yang tidak terlalu futuristik.

"Kami tidak mahu hasilkan sebuah peti sejuk jenama Mazda, seperti mana rekaan kereta elektrik yang lain!" ujar beliau berseloroh.

Walaupun sebelum ini sudah kedengaran berita kerjasama antara syarikat Mazda bersama Toyota dan Denso untuk menghasikan kenderaan elektrik, menurut CEO Mazda Eropah Jeff Guyton, Mazda telah lama merancang untuk menghasilkan EV sendiri sebelum perjanjian tersebut dilakukan. 

Ini bermakna, kita boleh menjangkakan dua (atau lebih) buah model EV yang bakal memakai lencana Mazda pada tahun akan datang. 

 


Atau, mungkinkah Mazda bakal menghasikan sebuah kereta sports elektrik? Hanya masa dan waktu yang akan menentukan harapan besar kami ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…