Mazda bakal perkenal varian MX-30 dengan unit penambah jarak rotari!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda MX-30 merupakan crossover elektrik pertama yang diproduksikan oleh Mazda dan bakal dijual di pasaran Eropah bermula tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pendekatan Mazda ternyata berbeza berbanding pengeluar lain apabila saiz kapasiti bateri yang ditawarkan hanya sebesar 35.5 kWH, dan jarak operasi sejauh 200 kilometer untuk sekali cas penuh sahaja.

Mazda mempunyai sebab tersendiri kenapa crossover elektrik itu ditawarkan dengan pek bateri dan jarak operasi yang rendah, iaitu mahu mengurangkan jejak karbon yang dihasilkan.

Namun, usah bimbang kerana Mazda bakal membawakan sinar baharu buat crossover elektrik MX-30 itu, di mana pengeluar yang sinonim dengan nadi Wankel itu bakal membawakan sistem penambah jarak daripada enjin rotari!

Konsep tersebut pernah dipamerkan pada model Mazda2 (Demio EV) itu terdiri daripada konfigurasi enjin rotor tunggal bersesaran 0.333 liter yang mampu menjana 38 kuasa kuda dan memiliki berat sekitar 100 kilogram sahaja.

Menurut anggaran, penambahan sistem penambah jarak nadi rotari ini mampu menggandakan jarak operasi Mazda2 EV (pada ketika itu) kepada dua kali ganda, iaitu sekitar 380 km.

 


Menggunakan trenkuasa motor elektrik tunggal, Mazda MX-30 mampu menjana 142 kuasa kuda dan 263 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 35.5 kWh.

Ini memberikan Mazda MX-30 jarak operasi sejauh 200 kilometer tanpa sebarang pencemaran udara.

Menurut laporan yang diterima sebelum ini, crossover elektrik terbaharu dari Mazda ini akan membuat kemunculan rasmi di Malaysia menjelang suku keempat tahun 2020.

Pihak Mazda Malaysia juga mungkin akan mempertimbangkan pemasangan MX-30 secara tempatan (CKD) menjelang tahun 2021 memandangkan kenderaan hibrid dan elektrik yang dipasang di dalam negara dapat dikecualikan daripada cukai eksais.

Ini memberikan peluang kepada Berjaya Auto untuk menawarkan harga jualan Mazda MX-30 yang lebih menarik perhatian para peminat Mazda di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…