Mazda bakal hasilkan kembali alat ganti RX-7!!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala berita berkenaan kepulangan semula nadi rotary ke dalam pasaran masih lagi samar-samar, Mazda hadir dengan satu berita baharu yang bakal memberikan sinar baharu buat para peminat enjin Wankel tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana pengeluar dari Hiroshima itu diberitakan akan mula menghasilkan kembali dan menjual alat ganti tulen untuk model kereta sports pacuan roda belakang Mazda RX-7.

Menurut Mazda, setakat ini hanya 30 komponen alat ganti pakai lusuh untuk Mazda RX-7 FC3S (1985-1992) dan 61 untuk generasi ketiga Mazda RX-7 FD3S yang akan dihasilkan semula bergantung kepada tahap permintaan.

 


Menurut senarai yang diperoleh, antara alat ganti pakai lusuh yang akan dihasilkan semula termasuklah hos vakum, penderia posisi pendikit bahan api, bushing dan juga gasket.

Mazda RX-7 merupakan antara model kereta sports Jepun yang ikonik, dan menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car terdapat kira-kira 24,000 unit RX-7 yang masih lagi berdaftar untuk tahun ini.

 


Dengan adanya program sebegini diharapkan ia mampu membuatkan kebanyakan pemilik RX-7 menarik nafas lega terutama bagi memastikan jentera kegemaran mereka kekal terjaga walaupun sudah lama dihentikan produksinya.

Namun harus diingatkan bahawa program ini tidaklah setanding dengan apa yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana Mazda USA telah memperkenalkan program restorasi yang lebih menyeluruh untuk model roadster MX-5 NA (generasi pertama).

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…