Mazda bakal bina kereta hibrid, EV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Laporan daripada Bangkok Post minggu lalu menyebut Mazda Motor Corporation bakal memproduksikan kenderaan hibrid elektrik (EV) di Thailand setelah Lembaga Pelaburan Thailand (BoI) meluluskan geran bernilai 11.48 billion baht (RM1.46 billion) kepada pengeluar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut presiden Mazda Sales Thailand, Chanchai Trakarnudomsuk berkata, pelaburan tersebut merangkumi pemasangan lima tunjang utama - bateri, motor elektrik, sistem pengurusan bateri, AC/DC converter dan juga inverter.

Mazda sebelum ini pernah menghasilkan versi hibrid untuk model Mazda3 di kilang pemasangan Hofu, Yamaguchi yang dikhaskan untuk pasaran Jepun sahaja. 

Kini, menurut presiden Mazda Asia Tenggara, Hiroshi Inoue berkata, mereka sudah pun bersedia untuk memasarkan kenderaan hibrid Mazda untuk setiap model di peringkat global menjelang tahun 2030 di bawah visi jangka panjang "Sustainable Zoom-zoom 2030".

Dengan adanya kilang pemasangan di Thailand, Mazda menyasarkan jumlah jualan sehingga 200,000 unit kenderaan di Asia Tenggara menjelang tahun 2023, bermula dari Thailand, Vietnam dan tidak ketinggalan Malaysia. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…