BT-50 LE direka dengan pelbagai keunikan tersendiri, terutama bahagian depan yang ketara dengan bull bar direka secara tempatan dan dihasilkan tanpa mengganggu zon renyuk, beg udara serta sistem bantuan keselamatan asal.

Varian tertinggi trak pikap tersebut juga didatangkan dengan bar keluli tahan karat bersama lampu brek yang terbina di dalam, antara ciri standard lain yang ada pada BT-50 LE ialah kawalan iklim dwi zon, navigasi satelit dan fungsi Apple CarPlay serta Android Auto.
BT-50 LE 2023 untuk pasaran Australia hanya ditawarkan khusus dengan Dual Cab sahaja, ia dikuasakan enjin 3.0 liter turbo diesel dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan menghasilkan 188 HP dan 450 Nm.

Pilihan warna pula terhad kepada satu sahaja iaitu Ingot Silver Metallic, dan harga untuk pasaran Australia bermula dari AUD64,295 (RM190,863).
Sumber: carscoops