Mazda Anshin - platform online jual kenderaan pra-milik Mazda

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor baru-baru ini melancarkan sebuah laman web baharu Mazda Anshin yang menawarkan satu solusi sehenti kepada pelanggan yang mahu menjual atau membeli kenderaan berjenama Mazda dengan mudah, dan selamat.

Mazda Anshin menawarkan pelbagai jenis kenderaan pra-milik (kenderaan demo) dan kenderaan terpakai pelanggan Mazda yang telah pun menjalani pemeriksaan yang ketat dan disahkan sendiri oleh Mazda.

Pemeriksaan 111 poin yang menyeluruh itu dibuat di dua pusat servis utama iaitu di Glenmarie dan Petaling Jaya bagi memastikan kondisi kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum disenaraikan di dalam laman web Mazda Anshin.

Dengan yuran serendah RM200, setiap kenderaan akan diperiksa oleh juruteknik bertauliah dalam masa satu jam untuk memastikan tiada sebarang kerosakan besar akibat kemalangan, tiada kerosakan terhadap rangka dan tidak pernah tenggelam di dalam banjir.

Setelah daripada itu, baharulah kenderaan tersebut akan menerima penarafan Mazda Anshin Certified Valuation dan harga jualan yang disarankan.

 


Setiap kenderaan pra-milik Mazda didatangkan dengan jaminan pengeluar yang masih tersisa serta servis percuma bermula daripada tarikh kenderaan tersebut didaftarkan.

Para pelanggan boleh hadir sendiri ke pusat Mazda Pre-Owned Centre yang terletak di Glenmarie dan Kajang untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji kenderaa pilihan, atau hubungi talian Mazda Anshin di 603-7627 3308 atau laman web Mazda Anshin di https://mazda.com.my/mazda-anshin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model tahun 2022, kesemua varian MT dan AT Mazda MX-5 RF kini dilengkapi dengan teknologi…
Berita Domestik
Antara perubahan yang dibawakan termasuklah sokongan sambungan Apple CarPlay nirwayar, Android Auto…
Berita Domestik
Meskipun BT-50 kini menggunakan platform daripada trak pikap D-Max, Mazda BT-50 hadir dengan pakej…