Maybank rakan kongsi utama pembiayaan EV Tesla

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Maybank menjalin kerjasama dengan Tesla Inc bagi menawarkan pakej pembiayaan kenderaan elektrik (EV) daripada syarikat itu.

Ia juga menandakan pembabitan Maybank sebagai rakan kongsi pembiayaan EV utama untuk Tesla di negara ini sejajar dengan aspirasi strategiknya menjadi pembiaya ESG terkemuka di ASEAN.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata melalui perkongsian strategik itu, Maybank akan menyediakan penyelesaian pembiayaan auto holistik dan bersepadu untuk pembeli Tesla.

Beliau berkata, pembeli Tesla yang memilih untuk pembiayaan dengan Maybank akan menikmati kadar pembiayaan keutamaan dan kompetitif serta pilihan pembayaran balik yang fleksibel dengan pembiayaan sehingga 90 peratus melalui Pembiayaan EV Maybank.

"Proses permohonan yang diperkemas menyediakan bakal pembeli Tesla dengan pembiayaan automobil bersepadu yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful serta faedah lain.

"Pembiayaan EV menawarkan kelulusan pantas dalam masa satu hari. Selepas membuat pembelian untuk Tesla secara dalam talian, pembeli boleh memilih untuk pembiayaan EV Maybank, memastikan proses yang lancar dan mudah dari awal hingga akhir," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

100 pembeli Tesla pertama di bawah pembiayaan auto bersepadu Maybank turut berpeluang menerima pelaburan awal bernilai RM500 melalui Akaun Emas Maybank Islamic (MIGA-i).

Khairussaleh berkata, kerjasama itu akan meningkatkan peranan Maybank secara proaktif ke arah penyelesaian pembiayaan mampan yang holistik.

Beliau berkata, ia juga memudahkan agenda negara ke arah ekonomi rendah karbon.

Ini katanya terbukti melalui pengenalan berterusan bank terhadap beberapa penyelesaian pembiayaan hijau pada masa lalu untuk menyokong usaha niaga.

"Melalui inovasi tercanggih Tesla dan disokong oleh penyelesaian kewangan inovatif Maybank, kami percaya ia akan menyumbang kepada pertumbuhan pasaran EV di negara ini, memacu penyelesaian mobiliti mampan serta meningkatkan penggunaan tenaga bersih dalam mengurangkan pelepasan karbon," katanya.

"Ia juga menandakan komitmen kami mempercepatkan penyelesaian EV, menangani keperluan pelanggan merentasi setiap aspek memiliki EV, termasuk pembiayaan, perlindungan insurans dan pelbagai keistimewaan eksklusif," katanya.

Khairussaleh berkata, Maybank akan terus menawarkan penyelesaian pembiayaan mampan komprehensif yang akan menggalakkan rakyat mempertimbangkan gaya hidup yang lebih berdaya maju.

Beliau berkata, pada masa yang sama memberikan nilai yang lebih besar dengan menjadikan perjalanan pemilikan EV pelanggan mudah diakses dan lebih bermanfaat selaras dengan agenda kemampanan Maybank.

"Pada tahun 2022, kami menggerakkan RM310 juta pembiayaan untuk EV dan kereta hibrid di Malaysia.

"Sejak itu kami telah meningkatkan pertumbuhan pembiayaan EV dan hibrid kami kepada 54 peratus dengan jumlah mobilisasi hampir RM480 juta pada Mei tahun ini sahaja," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baharu Model 3 sekarang ialah bermula dari RM181,000 dan Model Y pula ialah dari RM191,000.…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pengembangan rangkaian pengecasan Tesla ke Pulau Pinang dengan dua…
Berita Domestik
Selain daripada pameran barisan model tersebut, pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut…