Mayat teman wanita di hantar ke rumah di Keratong 10 setelah kemalangan dengan kerbau

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang remaja lelaki menghantar mayat teman wanitanya yang meninggal dunia ke rumah di Felda Keratong 10 di Muadzam Shah selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor kerbau awal pagi tadi.

Wanita itu maut kerana cedera parah di kepala dan peha akibat kemalangan yang dikatakan berlaku jam 3.30 pagi di hadapan kilang sawit Felda Keratong 3. Kerbau itu sedang baring di tengah jalanraya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Suspek yang berusia 17 tahun dikatakan takut dan terus membawa mayat itu pulang ke rumah remaja perempuan itu dengan menaiki motosikal Yamaha 135 LC.

Mayat tersebut ditemui oleh datuk mangsa kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hendak meletakkan kenderaan ke garaj.

Mangsa adalah anak sulung dari empat beradik. Hasil siasatan polis tidak menemui sebarang senjata dan remaja lelaki itu ditahan untuk sisatan lanjut.

* Laporan asal dari Harian Metro

** Gambar hiasan


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…