Maxus V70, pencabar kepada Ford Transit Custom

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Maxus merupakan salah satu jenama di bawah syarikat SAIC dari China, baru-baru ini mereka telah mendedahkan satu minivan baharu iaitu Maxus V70.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

V70 didatangkan dengan platform serba baharu dan bakal bersaing secara terus dengan Ford Transit Custom, Volkswagen Transporter dan Citroen Spacetourer.

Maxus V70 mempunyai saiz dimensi 4,998 mm panjang, 2,030 mm lebar dan  2,035 mm panjang, saiz tersebut lebih panjang berbanding Ford Transit Custom generasi terbaru.

 

2

 

Laporan dari media China mengatakan V70 akan tersedia dengan beberapa pilihan ketinggian bumbung dan jarak roda, ianya turut akan dijual kepada lebih 70 Negara.

Maxus V70 mempunyai pintu gelangsar untuk penumpang belakang bersama pintu belakang dua bahagian, V70 turut ditawarkan dengan konfigurasi tempat duduk untuk lima, enam, atau sembilan penumpang.

Walaupun menggunakan roda berdiameter kecil, jarak kelegaan dari tanah agak tinggi, jadi Maxus melengkapkan V70 dengan tangga sisi.

 

3

 

Minivan ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo diesel menghasilkan 125 HP, dipadankan bersama transmisi automatik 9 kelajuan yang mampu memecut sehingga 156 kmj.

Minivan dari China ini akan diperkenalkan pada tahun 2023, melihat kepada trend kemasukan kenderaan dari China, adakah Maxus V70 ini akan memeriahkan segmen minivan di Malaysia?

Melihat kepada spesifikasi nya, ianya pasti mampu memberikan sambutan jika ditawarkan dengan pakej dan harga yang berpatutan.

 

Sumber: carscoops