MAXUS V - trak pikap elektrik ala Honda Ridgeline, bakal hadir separuh kedua 2020

oleh Mohamad Hanif|
Imej di atas merupakan gambar konsep trak pikap yang diperlihatkan oleh MAXUS dan berdasarkan laporan, ini merupakan percubaan kali pertama MAXUS sebagai pengeluar untuk menghasilkan trak pikap berkuasa elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, MAXUS memberikan bayangan bahawa trak pikap tersebut akan hadir ke pasaran dalam separuh kedua tahun 2020, dan dikenali sebagai MAXUS V.

Sekali imbas, MAXUS V membawakan rekaan badan unibodi - sama seperti Honda Ridgeline - dengan kehadiran kotak kargo di bahagian bumbung, serta rekaan bed kargo belakang yang sedikit pendek berbanding trak pikap tipikal.

Muka hadapan pula menampilkan rekaan yang serupa dilihat pada model MAXUS Euniq 6 berdasarkan rekaan gril yang agak besar di hadapan.

Laporan daripada laman web seperti Kable dan CIT Report turut memberikan bayangan bahawa terdapat kemungkinan MAXUS V akan hadir dalam beberapa versi trenkuasa seperti elektrik dan PHEV.

Ini adalah selari dengan 'janji' MAXUS untuk memperkenalkan lebih banyak model tenaga baharu (new energy) menjelang tahun 2025.

Untuk pengetahuan, MAXUS telah pun mempunyai SUV berkuasa elektrik Euniq 6 yang membawakan output 174 kuasa kuda dan daya kilas 310 Nm yang menawarkan jarak operasi sejauh 510 kilometer (data NEDC).

Jadi, tidak mustahil trenkuasa yang serupa bakal dilengkapkan pada model trak pikap MAXUS V ini.

Sumber: InsideEVs, Kable, CIT Report

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sumandak" mengikut dialek bahasa negeri Sabah membawa maksud gadis cantik dan Sumandak milik Kapt…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Maxus T60 didatangkan dengan enjin diesel turbo 2.8 liter VGT…
Berita Global
  MG Extender menggunakan enjin 2.0-liter diesel turbo tunggal yang menghasilkan 161 hp dan 375…