Maxus G50 - MPV saiz penuh dengan enjin 1.3 dan 1.5 turbo, harga dari RM59k di China

oleh Mohamad Hanif|
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selain daripada memproduksikan van komersil V80, Maxus juga mempunyai produk yang dikhususkan untuk membawa penumpang, seperti G10 yang mampu memuatkan sehingga lapan orang pada satu-satu masa. 

Untuk mempelbagaikan lagi penawaran produk MPV sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, Maxus membawakan sebuah lagi MPV kompak untuk pasaran China, iaitu Maxus G50. 
 


Jika rekaan sebelum ini masih lagi menampakkan asal usul kenderaan Maxus, namun pada G50 ini rekaannya sudah lebih nampak matang dan tidak begitu malu untuk diparkir bersebelahan dengan MPV negara matahari terbit. 

Tidak seperti G10 yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo suntikan terus (225 hp/345 Nm), G50 pula ditawarkan dengan dua varian enjin, iaitu:

  • enjin 1.3 liter turbo (150 hp/220 Nm) yang dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan
  • enjin 1.5 liter turbo (162 hp/250 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan
     


Uniknya, MPV yang mampu memuatkan lapan orang pada satu-satu masa ini turut ditawarkan dalam konfigurasi lima tempat duduk, memberikan lebihan ruangan kargo belakang yang sangat besar. 

Selain daripada konfigurasi lima tempat duduk, Maxus G50 didatangkan dengan konfigurasi  2+2+2, 2+3+2 atau 2+3+3 mengikut keperluan dan kehendak para pengguna. 

Dari segi ruang, Maxus G50 yang mempunyai dimensi panjang 4,825 mm, lebar 1,825 mm dan tinggi 1,778 mm, dan dengan jarak antara roda sekitar 2,800 mm, ia sedikit kecil jika dibandingkan dengan Toyota Alphard. 
 


Mengikuti trend masa kini, skrin multimedia bersaiz besar dimuatkan pada papan pemuka, dan untuk Maxus G50 ini, ia didatangkan dengan paparan bersaiz 12.3 inci yang diletakkan menegak ditengah-tengah kenderaan.

Selain daripada itu, pemandu juga turut diberikan skrin paparan berbilang info di bahagian kluster meter, namun kesinambungan digital yang dibawakan tadi tidak diteruskan pada ruangan meter rpm dan kelajuan. 

Sedikit janggal jika dilihat pada aspek itu. 
 


Sistem keselamatan terkini turut dimuatkan pada MPV kompak ini seperti brek kecemasan dalam bandar serta sistem pengawasan laluan trafik. 

Berbeza mengikut konfigurasi tempat duduk dan trim yang ditawarkan, harga jualan di China pula bermula dari 85,800 yuan (RM53 ribu) untuk versi asas manakala varian premium pula dijual pada harga 156,800 yuan (RM95,483).

Melihatkan kepada spesifikasi dan tahap versatil yang ditawarkan oleh Maxus G50 ini, dakah ia sebuah produk yang sesuai dibawa masuk untuk pasaran Malaysia? 
 


Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sumandak" mengikut dialek bahasa negeri Sabah membawa maksud gadis cantik dan Sumandak milik Kapt…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Maxus T60 didatangkan dengan enjin diesel turbo 2.8 liter VGT…
Berita Global
Berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, MAXUS memberikan bayangan bahawa trak pikap tersebut akan…