Maxus bakal bawa masuk trak pikap dan SUV

oleh HEZERI SAMSURI|
Maxus, jenama China di bawah payung Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) dilaporkan akan membawa masuk trak pikap Maxus T60 mereka seawal hujung tahun ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Trak pikap T60 ialah trak pikap pertama untuk SAIC dan ia menggunakan enjin Vm Motori 2.8L turbodiesel dengan 150hp dan 360 Nm, tranmisi 6-kelajuan manual atau automatik. 

Menurut laman web Paul Tan, Maxus akan memasang trak pikap ini di Johor. 

Maxus juga akan membawa masuk Maxus D90 SUV mereka yang mengggunakan platform sama seperti trak pikap T60.

SUV 7-tempat duduk ini akan menggunakan enjin petrol sahaja, iaitu enjin 2.0L turbo dengan 221 hp dan 360 Nm.

Kedua-dua trak pikap dan SUV ini mencapai anugerah 5-bintang dalam Australian NCAP. 

Sehingga kini, Careta masih belum dapat memandu uji sebarang produk Maxus tetapi menurut risalah dan syarahan jurujual mereka, jenama ini jauh lebih bagus dari jenama-jenama yang sudah lama di dunia dan enjinnya juga dikatakan tersangat moden.

Mungkin kerana itu mereka tidak begitu serius untuk memberikan kami memandu uji produk-produk yang moden itu kerana kami tidak ada lesen menerbangkan kapal angkasa lepas yang moden.

Untuk laporan lebih lanjut, sila ke portal web Paul Tan.org.

*Gambar utama dari Paul Tan.org

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sumandak" mengikut dialek bahasa negeri Sabah membawa maksud gadis cantik dan Sumandak milik Kapt…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Maxus T60 didatangkan dengan enjin diesel turbo 2.8 liter VGT…
Berita Global
Berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, MAXUS memberikan bayangan bahawa trak pikap tersebut akan…