Max Verstappen mahu jual Civic Type R untuk tujuan amal

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Italy24news.com
Juara baharu Formula One, Max Verstappen yang telah berjaya mengenepikan Lewis Hamilton tempoh hari dilaporkan mahu menjual sebuah kereta peribadi untuk didermakan kepada badan kebajikan.

Kereta yang dimaksudkan ialah Honda Civic Type R yang digunakan oleh beliau ketika menjalani kehidupan di luar litar lumba, dan kini sudah pun mencatatkan jarak perbatuan sejauh 57,936 km (lebih 36,000 batu).

Hot hatch tersebut kini disenaraikan di dalam laman web CarNext dengan harga anggaran bermula dari €33,333 (RM158,892 mengikut kadar pertukaran matawang semasa).

Namun, melihatkan kepada status jentera itu yang sebelum ini pernah dipandu oleh Max Verstappen, Careta tidak menolak kemungkinan harga tersebut bakal melonjak naik kelak.

Untuk mereka yang berminat, boleh terus melayari laman web menerusi pautan INI.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Verstappen dilihat turun dari jet peribadinya manakala Toto dan delegasi dipercayai pasukan…
Sukan Bermotor
Mercedes CEO Ola Källenius telah beri lampu hijau kepada Toto Wolf untuk bayar RM 522 juta…
Sukan Bermotor
Prestasi Merudum, Tekanan Dalaman Memuncak Musim 2025 menjadi titik mula kejatuhan apabila Red…