Max Verstappen Jumpa Toto Wolff? Perpindahan ke Mercedes Musim 2026 Makin Kukuh

oleh Qalif Latif|
Desas-desus perpindahan Max Verstappen ke Mercedes untuk musim F1 2026 semakin hangat selepas tular tiga keping gambar di lapangan terbang yang memaparkan kehadiran Verstappen dan prinsipal Mercedes, Toto Wolff di lokasi sama.

Verstappen dilihat turun dari jet peribadinya manakala Toto dan delegasi dipercayai pasukan Mercedes dilihat menaiki van Mercedes V-Class dengan nombor pendaftaran Belanda. Sebuah lagi gambar turut menunjukkan individu mirip Toto menaiki pesawat yang kelihatan sama dengan jet Falcon 8X milik Verstappen.

Max to Toto

Gambar-gambar ini selari dengan laporan daripada akaun @VerstappenJet yang menjejaki jet peribadi milik Max dan mencatat pendaratan di Sardinia, Itali – lokasi sama yang turut dikaitkan dengan kapal layar milik Toto Wolff. Sumber dari Planet F1 dan bekas pelumba Ralf Schumacher turut menyatakan kedua-dua figura ini mungkin sedang “minum kopi bersama” di atas bot masing-masing.

Max and toto

Mercedes masih belum mengumumkan penyambungan kontrak pelumba mereka, George Russell dan Kimi Antonelli memberikan lebih banyak ruang kepada spekulasi bahawa tempat tersebut sedang dikosongkan untuk Max.

Verstappen kini dalam tahun yang mencabar bersama Red Bull selepas pemecatan mengejut Christian Horner dan prestasi yang tidak konsisten termasuk hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 di Silverstone minggu lalu.

Tiga gambar, satu destinasi, dua figura penting. Adakah ini hanya kebetulan musim panas atau satu perjanjian sedang dirangka di belakang tabir?

Sumber: https://www.newsweek.com/sports/racing/flight-tracker-data-suggests-max-verstappens-meeting-mercedes-chief-2098120

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif BYD, Li Ke, yang menyatakan bahawa perbincangan…
Sukan Bermotor
Langkah ini hadir susulan keputusan Adrian Newey untuk berundur daripada tugas pengurusan hanya…
Sukan Bermotor
Hamilton akui sudah kembali ke prestasi terbaik Menurut juara dunia tujuh kali itu, beliau kini…