Max Verstappen juara 70th Anniversary Grand Prix

oleh Mohamad Hanif|
Max Verstappen dari pasukan Red Bull Racing-Honda menjadi pemandu bukan Mercedes pertama yang menjuarai perlumbaan pada musim 2020 setelah memenangi 70th Anniversary Grand Prix, dengan catatan masa 1:19:41.993.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus menamatkan dominasi duo dari pasukan Mercedes-AMG F1, di mana Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kedua, diikuti oleh Valtteri Bottas ditempat ketiga.

Sementara itu, ditempat keempat disandang oleh Charles Leclerc (Ferrari), diikuti oleh Alexander Alborn (Red Bull Racing) di tempat kelima.

Dari segi kedudukan semasa, Lewis Hamilton masih lagi mendahului senarai dengan jumlah mata  terkumpul 107 poin, diikuti oleh Max Verstappen (77 mata) dan Valtteri Bottas (73 mata).

Sumber: F1

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…