Kejadian yang berlaku pada jam 10.55 pagi itu mengakibatkan kesesakan jalanraya. Serpihan tayar itu berpunca dari sebuah lori rosak yang berhenti berhampiran lokasi tersebut.
Mangsa maut di tempat kejadian.
Pihak PLUS dikatakan sudah menerima aduan mengenai serpihan tayar pecah itu dan peronda PLUS dalam perjalanan untuk mengalihkan objek tersebut semasa kemalangan itu berlaku.
Careta yang berada di lokasi tersebut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.
Careta juga ingin menegaskan sekiranya ternampak objek di lebuhraya, telefon pusat perkhidmatan PLUS di nombor 1800-88-0000.
* Gambar utama dari Facebook Nurhazman Ridzuan