Maut digilis LRT: MOT arah Prasarana pasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen

oleh Penyumbang Rencana|
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk memasang pintu keselamatan penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Menteri, Anthony Loke, berkata ia bertujuan mengelak tragedi menimpa seorang lelaki Taiwan yang maut digilis tren di Stesen Pusat Bandar Puchong pada Selasa berulang.

Katanya, dari segi langkah-langkah keselamatan, sememangnya pihaknya sudah meminta Prasarana untuk merancang memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.

"Dari segi langkah keselamatan, memang saya dah minta Prasarana untuk merancang untuk memasang pintu keselamatan penumpang itu di semua stesen-stesen LRT dan MRT.

"Sebab ini, untuk stesen-stesen MRT baharu, memang ada pintu keselamatan, kita ada satu pintu sebelum tren sampai.

"Monorel pun telah kita siapkan, cuma untuk LRT aliran Ampang, ada stesen-stesen yang ini dengan reka bentuk lama, yang belum ada pemasangan pintu keselamatan di platform. Jadi, itu sesuatu yang saya minta Prasarana untuk melaksanakannya," katanya pada sidang media pada Rabu.

Media semalam melaporkan seorang lelaki warga Taiwan berusia,63, maut digilis gerabak LRT selepas dipercayai terjatuh ke atas landasan di Stesen Pusat Bandar Puchong.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.05 petang.

Loke berkata pemasangan kemudahan keselamatan tambahan itu dijangka membabitkan kos yang besar dan memerlukan bajet tambahan daripada kerajaan.

"Tetapi, memang kita memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan memberikan prioriti untuk menambah baik keselamatan di stesen-stesen.

"Prasarana tengah buat perancangan, sebab semuanya akan melibatkan bajet untuk pembangunan tersebut," katanya.

Video insiden tersebut tular pada Rabu.

 

Bernama

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kementerian itu, kejadian tersebut menyebabkan penurunan voltan sekali gus menjejaskan…
Berita Domestik
"Sehubungan itu, MOT mengambil maklum cabaran dihadapi oleh pengendali perkhidmatan feri penumpang…
Berita Domestik
"Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi telah memaklumkan perkara ini kerana…