Maulidur Rasul: PLUS jangka 1.9 juta kenderaan sehari hujung minggu ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan, kesesakan jalan raya amat ketara lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap kali pulang ke kampung halaman pada hujung minggu! Kesesakan bertambah parah apabila cuti hujung minggu tersebut 'bersambung' dengan cuti umum.


Dengan itu, berikutan cuti sambutan Maulidur Rasul, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan berikutan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini hingga Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sejak beralih ke fasa peralihan ke endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh prapandemik iaitu purata 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari biasa dan pada masa ini, trend menunjukkan lonjakan 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan menjangkakan ia berterusan ketika hujung ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul.

 

"Kami jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh. Oleh itu, kami menasihatkan pelanggan membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik.

 

"Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch 'n Go anda dan pastikan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan ketika keluar di plaza tol," katanya dalam kenyataan hari ini (Rabu).

 

Untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini, pelanggan lebuh raya boleh melayari laman web www.plus.com.my selain Facebook dan Twitter @PLUSTrafik.

 

- Sedikit peringat dari kami di Careta, pastikan tekanan angin tayar kenderaan anda mencukupi, tayar masih 'berbunga', 'brake pad' masih mencengkam, bilah penyeka air (wiper) dalam keadaan baik, minyak telah diisi sepenuhnya,  bekalan makanan dan minuman yang memadai dan anda yang memandu telah mendapat tidur/rehat yang mencukupi, semoga perjalanan anda sekeluarga selamat hendakNya -

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…