Matzker Defender MDX - 4x4 Camper klasik terulung?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda mempunyai sebuah Land Rover Defender dan mahu menukarkannya menjadi sebuah jentera terulung yang mampu melindungi anda ketika sedang memasuki hutan belantara, ini adalah contoh yang sesuai dijadikan pedoman. 

Sebuah firma Jerman yang mahir dalam menghasilkan jentera off-road, Matzker menjadikan projek one-off Land Rover Defender ini lengkap dengan segala peralatan yang mungkin anda perlukan, termasuklah talaan kepada enjin!
 


Kita mulakan dengan bahagian luaran dahulu, dan seperti yang anda lihat, ruang belakang Defender ini menampilkan sebuah 'kotak' yang mampu memuatkan dapur, tempat tidur serta tandas mudah alih. 

Jika anda merasakan ruang yang diberikan ini terlalu sempit, bumbung pop-up boleh dibuka bagi meluaskan lagi ruang sedia ada. 

Ataupun sekiranya anda ingin lepak sebentar di bahagian luar, buka sahaja bumbung boleh lipat yang akan melindungi anda daripada sinaran mentari terik. 
 


Matzker turut memberikan perincian yang lebih kepada aspek pengendalian Defender ini ketika berkenalan di luar bandar, seperti meninggikan jarak kelegaan tanah, memasang cangkuk tunda dan snorkel kemasukan udara. 

Di atas ruang pemandu, terdapat rak bumbung terpasang untuk tujuan storan barangan dengan lampu limpah yang mampu menerangi kegelapan malam. 

Dari segi kuasa pula, Matzker menawarkan pelbagai naik taraf spesifikasi enjin 2.2 liter turbodiesel (120 kuasa kuda), daripada modifikasi ringan sehinggalah kepada spesifikasi rally, menjadikannya tidak halal untuk digunakan di jalan raya akan tetapi mampu menjana kuasa setinggi 197 kuasa kuda!
 


Selain menawarkan kit lengkap untuk menukarkan rupa Defender standard menjadi sebuah Camper Defender, Matzker juga menawarkan pelbagai aspek talaan jika anda tidak gemarkan pakej penuh yang dibawakan. 

Selain daripada Defender, Matzker juga menala model-model Land Rover yang lain seperti Discovery, Range Rover Evoque, Range Rover Sport dan Range Rover Velar. 

Cuma anda perlu mahir berbahasa German sebelum melawat laman web Matzker pada pautan di bawah:

Matzker Defender

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan sudah pasti ramai yang tertanya, adakah MPV besar gedabak ini sesuai dijadikan sebagai sebuah…
Berita Global
Menerusi acara Caravan Salon Düsseldorf, Mercedes-Benz memperlihatkan Citan yang telah diubah…
Berita Global
Walaupun sudah lama dihentikan produksinya, harga dan nilai sebuah Honda NSX kini semakin melonjak…