Mattia Pasini ganti peranan Khairul Idham Pawi di MotoGP Le Mans

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan MotoGP seterusnya di Le Mans bakal kehilangan peluang untuk melihat pelumba negara Khairul Idham Pawi beraksi akibat kecederaan yang dialami ketika di Spanish GP tempoh hari.

Untuk itu, PETRONAS Sprinta Racing telah memilih seorang pelumba berbakat, Mattia Pasini untuk menggantikan tempat Khairul yang akan berehat dalam tempoh enam hingga lapan minggu. 

Pelumba berusia tiga puluh tiga tahun itu mempunyai pengalaman meluas di dalam kejuaraan dunia, dan sejak tahun 2004 bertanding dalam empat kelas yang berbeza - 125cc, 250 cc, Moto2 dan MotoGP - beliau meraih 12 kejuaraan, 19 kedudukan pole dan 18 podium.

Pasini akan menjalani sesi latihan rasmi Moto2 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing Selasa ini dan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum perlumbaan sebenar pertama beliau di Le Mans bermula. 

Khairul Idham Pawi ketika ini direhatkan buat seketika untuk tempoh masa sehingga lapan minggu bergantung kepada keadaan beliau yang mengalami kecederaan patah terbuka tahap ketiga yang dialami semasa sesi latihan di Jerez.

Sumber: Sepang Racing Team

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…