Mattel umum kerjasama dengan Proton, diecast Hot Wheels Proton Saga 1985 dalam perancangan!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para pengumpul dan pemburu diecast tiga inci Hot Wheels.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak Mattel selaku syarikat induk jenama diecast Hot Wheels telah mengumumkan kerjasama dengan Proton Cars untuk menghasilkan produk-produk diecast Hot Wheels jenama Proton!

Untuk permulaan, pihak Mattel akan mengabadikan sebuah kereta Proton Saga edisi pertama tahun 1985 untuk dijadikan sebagai diecast Hot Wheels yang pertama.

Difahamkan, kerjasama ini akan menjadi titik permulaan yang akan melahirkan lebih banyak model-model diecast berjenama Proton kelak.
 

Saga


Menurut laporan daripada Bernama, diecast Hot Wheels baharu itu dijangka akan mula dijual di pasaran global menjelang akhir tahun 2023.

Turut dipamerkan model prototaip diecast Proton Saga berwarna merah (gambar utama), serta sebuah lagi model Saga berwarna putih berskala 1:64.

Sebagai pengumpul Hot Wheels yang tidak tegar, ini merupakan satu perkembangan yang sangat menarik dan diharapkan agar kerjasama ini mampu membuahkan lebih banyak model-model yang digemari ramai, seperti Saga Knight, Satria R3, Satria Neo S2000, Proton Putra, serta pikap Proton Arena!
 

PM


Mungkin juga boleh diusulkan kereta rasmi Perdana Menteri Malaysia, iaitu Proton Perdana Limousine sekali kelak.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…