Mattel lancarkan setem edisi khas sempena ulang tahun ke-50 HotWheels

oleh Mohamad Hanif|
Sempena meraikan ulang tahun yang ke-50 HotWheels sebagai jenama diecast automotif terulung di dunia (pilihan warga dewasa), Mattel telah mengambil peluang dengan menerbitkan siri setem yang bertemakan HotWheels.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Koleksi setem HotWheels tersebut terdiri daripada setem yang bernilai 50-cent (RM2.07* mengikut kadar pertukaran matawang semasa) yang memaparkan beberapa casting ikonik HotWheels mengikut tahun keluaran. 
 


Berikut merupakan senarai antara kereta bertuah yang diabadikan pada setem kenang-kenangan HotWheels:

1. (1990) Purple Passion
2. (1971) Rocket-Bye-Baby
3. (2018) Mach Speedster
4. (1969) Twin Mill
5. (2006) Bone Shaker
6. (2008) HW40
7. (2000) Deora II
8. (1987) Sharkcruiser
9. (1994) Rigor Motor

Berita baiknya, koleksi setem ini didatangkan khas dengan poster berwarna hitam dan emas bersaiz 18"x24" pada harga istimewa $15.95 (RM66.14*) atau poster khas ulang tahun ke-50 HotWheels yang dibingkaikan pada harga $39.95 (RM165.67*).

Berita kurang baiknya, ia hanya ditawarkan di Pejabat Pos Amerika Syarikat (U.S. Postal Service) namun anda boleh mencuba nasib untuk menempah menerusi laman web rasmi U.S. Postal Service


Tunggu apa lagi?

Berita Berkenaan

Berita Global
Koleksi setem tersebut dibahagikan kepada dua era, iaitu Volume 1 yang menampilkan kereta produksi…