Matchbox RX500, kereta super Mazda yang jadi kereta mainan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda_RX500
Mazda_RX500
Golongan dewasa yang meminati kereta biasanya dipengaruhi sejak dari kecil melalui media massa, orang sekeliling, pameran dan kereta mainan.

Di antara pengaruh tersebut, kereta mainan dan skala memainkan peranan yang besar.

Seperti yang boleh kita lihat sekarang ini, kereta skala mempunyai kelompok peminat dan pengumpul tersendiri.

Ini pula kisah bagaimana model konsep Mazda RX500 dijadikan kereta mainan oleh Matchbox yang merupakan jenama tersohor.

Segalanya bermula pada Oktober 1970 apabila Mazda memperkenalkan model konsep RX500 di Pameran Kenderaan Tokyo ke-17.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda RX500

 

RX500 berjaya menarik perhatian ramai dengan reka bentuk dan teknologi futuristik. Pada masa itu Mazda mempunyai beberapa model yang menarik di pasaran seperti Cosmo, Luce dan R100.

RX500 bagaimanapun jauh berbeza dengan model-model tersebut. Bentuk kereta super itu seperti baji (tajam di depan/wedge) dengan pintu rama-rama (butterfly) ayun ke depan.

Enjin rotary 10A berkuasa 250ps di belakang pula diakses melalui penutup jenis gullwing.

Satu lagi ciri menarik ialah RX500 dijadikan platform ujian keselamatan dengan jaluran lampu di belakang yang mempunyai pelbagai warna bagi menandakan status pemanduan sama ada sedang memecut, kelajuan biasa atau diperlahankan.

Reka bentuk dan ciri tersebut yang hadir pada tahun 1970 adalah sesuatu yang canggih malah kekal menarik sehingga kini.

Dengan reka bentuk yang begitu trampil, RX500 berjaya menarik perhatian media di serata dunia. 

 

Mazda

 

Pendedahan dan perhatian yang diterima juga menjadi faktor RX500 dizahirkan semula sebagai kereta mainan oleh Matchbox dari United Kingdom.

RX500 diperkenalkan dalam siri Superfast Matchbox dan ia sebenarnya jawapan kepada siri Hot Wheels dari Mattel pada tahun 1968.

Jadinya Superfast lawan Hot Wheels. Tapi kenapa Matchbox pilih Mazda RX500?

Pasaran terbesar Matchbox pada masa itu ialah di Amerika Syarikat dan mereka mahukan sebuah kereta yang futuristik bagi menarik perhatian kanak-kanak di sana dan RX500 menepati kriteria tersebut.

Pemilihan Matchbox itu adalah tepat selain daripada minat ramai terhadap Mazda dan enjin rotary di Eropah.

 

RX500 Matchbox

 

Hasil gabungan faktor-faktor tersebut model Matchbox RX500 yang diperkenalkan pada tahun 1971 sebagai MB66 dengan pantas laku keras di serata dunia!

Sebelum itu bagaimana Mazda memperkenalkan kereta yang begitu radikal?

RX500 atau dikenali dengan kod X810 sebenarnya lebih menjurus kepada kereta kajian.

Banyak hendak dikaji oleh Mazda melalui X810 dan ia dikatakan sebagai pengganti Cosmo Sport 110 S yang merupakan model andalan (flagship) Mazda pada masa itu.

Dari segi spesifikasi, RX500 memang hebat dengan enjin dua rotor 10A 982cc yang dipertingkat dan mempunyai output 250ps dan boleh rev sehingga 15,000rpm.

Kelajuan rpm itu sebenarnya lebih tinggi berbanding kereta lumba GP pada era tersebut.

 

RX500 Matchbox

 

Berat RX500 pula hanya 850kg dengan nisbah kuasa kepada berat 3.4kg setiap kuasa kuda. Tingginya pula 1.065 meter atau 3.5 kaki sahaja.

Mazda RX500 adalah sebuah kereta yang ringan, laju, rendah dan futuristik. Kita bercakap tentang sebuah kereta 50 tahun lalu.

Realitinya, sebuah sahaja RX500 dibina dengan warna asal hijau dan kuning dan di manakah kereta ini berada sekarang?

Mazda RX500 pertama dan terakhir ini dibaik pulih pada tahun 2008 dan sekarang berada di Muzium Pengangkutan Numaji di Hiroshima, Jepun.

Krisis minyak pada tahun 1973 telah menghampakan sebarang harapan untuk mengeluarkan model hebat ini dan menariknya dijadikan realiti sebagai model skala 1:59 oleh Matchbox.

 

RX500 Spark

 

Berikut ialah siri produksi Matchbox RX500:

  • Diperkenalkan pada tahun 1971.
  • Model merah Streaker diperkenalkan (reissue) tahun 1975.
  • Pengeluaran dihentikan pada tahun 1976.
  • Ditawarkan semula dari tahun 1978 dan 1985 dengan pelbagai versi warna di beberapa pasaran.

Model skala RX500 yang lebih terperinci dan kemas jenis diecast dikeluarkan oleh Spark.

Penulis: Muhammad Md Tajudin.

 

RX500 Spark