Mat Rempit bukan musuh polis - Ketua Polis Johor

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis Johor kini mengambil langkah "lebih mesra" dalam menangani gejala lumba haram oleh lebih kurang 80 orang Mat Rempit di negeri tersebut.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, langkah itu ialah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan Mat Rempit melalui program-program kemasyarakatan.

Langkah-langkah drastik hanya akan memburukan lagi hubungan antara polis dan kumpulan tersebut yang rata-rata dianggotai oleh anak-anak muda.

Selama empat bulan lalu, Polis Johor telah menggunakan taktik yang berbeza dan hasilnya positif.

Beberapa operasi telah diadakan sehinggakan ada anggota polis yang tercedera di dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital bersama dengan kelompok Mat Rempit itu.

 

 

"Kami menjadi sahabat mereka dan bantu mereka ke arah jalan yang benar. Kami juga adakan perjumpaan dengan kelab-kelab motosikal yang berdaftar dan tidak berdaftar untuk memastikan mereka yang muda ini memilih jalan yang betul," ujar beliau kepada akhbar New Straits Times.

Khalil berkongsi pengalaman pihak polis semasa sesi Town Hall 2018 di balai polis kawasan Seri Alam semalam.

"Ada kelab-kelab ini bernama Salam, Mayat, Panther dan macam-macam lagi. Kami lakukan penjenamaan kepada kumpulan "brader motor" ini dan menjemput ahli-ahli mereka untuk mengikuti aktiviti yang positif," sambung Khalil.

Mereka yang sebelum ini suka melakukan aksi-aksi lagak ngeri dengan motosikal mereka kini sudah dibukakan minda kepada kegiatan masyarakat yang lebih baik.

"Contohnya, semasa kempen menderma darah di hospital, lebih kurang 1,000 anak muda tampil untuk membantu," terang beliau lagi.

*Artikel asal dari New Straits Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…