MASwings tawar promosi 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Bagi menggalakkan orang ramai pulang mengundi, MASwings menawarkan tiket murah bagi laluan sehala bermula dengan harga serendah RM135 di bawah promosi kempen "Jom Balik Undi" sehingga 30 November bermula Selasa, 1 November 2022.


Menurut Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, kempen tersebut diadakan bagi membantu para pengundi terutamanya di Sabah dan Sarawak pulang ke negeri masing-masing untuk membuang undi pada 19 November.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 

"Sebagai 'Nadi Borneo', kami komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan membantu operasi PRU15.

 

"Sehubungan itu, kami menggesa pengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi membolehkan mereka sebagai warganegara Malaysia," ujar beliau.

 

Beliau berkata kekerapan penerbangan juga akan ditambah daripada 21 kali seminggu kepada 28 kali seminggu bagi Miri-Labuan, Miri-Sibu, Kota Kinabalu-Lahad Datu dan Kota Kinabalu-Labuan bermula 18 hingga 21 November.

 

"Bagi penerbangan Kuching-Limbang, operasi semasa MASwings pada Isnin, Khamis dan Sabtu akan ditambah kepada dua kali sehari pada 18 dan 20 November," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

MASwings juga akan membuat penerbangan tambahan untuk memenuhi lonjakan permintaan yang dijangkakan bagi beberapa laluan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.

Nasaruddin berkataMASwings, sebagai nadi Borneo, komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai bagi menyokong dan melancarkan pergerakan sempena PRU15.

 

"Kami menggalakkan semua pengundi dan pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal supaya tidak kecewa dan terlepas tawaran MASwings," katanya.

 

 

– Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia adalah sebagai satu tambahan kepada 20,000 tempat duduk…
Berita Domestik
  Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii…
Informasi
Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, berkata juruterbang, pembantu juruterbang bersama dua…