Masuk parkir bayar RM15, bila keluar dicaj bayaran tambahan RM7!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Tular di media sosial tentang kejadian yang menimpa seorang wanita apabila terpaksa membayar jumlah keseluruhan parkir pada kadar RM22 sedangkan pada awalnya dimaklumkan bahawa bayaran parkir valet adalah cuma RM15.


Menerusi video berdurasi lebih tiga minit, wanita tersebut menjelaskan bahawa beliau memilih khidmat parkir valet setelah laluan masuk ke tempat letak kereta di bahagian bawah pusat beli-belah yang terletak di Banda Hilir telah diletakkan beberapa kon bersama tanda parkir penuh walaupun keadaan ruang parkir tersebut kosong!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walaupun telah membayar RM15 pada awalnya untuk parkir valet tersebut tetapi beliau dipaksa membayar tambahan RM7 sebelum dibenarnya keluar dari dari pusat beli belah itu.


Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata, susulan kejadian yang tular itu sepasukan penguat kuasa agensi terbabit ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.


Beliau berkata, pasukan penguat kuasa mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan dimaklumkan parkir valet itu diurus oleh pihak ketiga dengan kadar bayaran RM15 untuk sekali masuk.


Alasan untuk bayaran tambahan sebanyak RM7 dikenakan berikutan lokasi parkir valet itu terletak di dalam ruang parkir basement premis terbabit kata Norena.


"Hasil maklum balas yang diberikan, pihak pengurusan parkir bersetuju untuk mengembalikan lebihan RM7 kepada pengadu," katanya kepada pihak media pada Jumaat.


Beliau turut berkata bahawa selepas ini sekiranya pelanggan memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir valet pada masa akan datang, tiada lagi caj RM7 akan dikenakan.


"Disebabkan, pihaknya mengaku bersalah atas kesalahan itu dan tidak akan lagi mengenakan caj tambahan selepas ini, KPDNHEP hanya memberi amaran namun sekiranya berlaku lagi tindakan akan diambil," katanya.
 

 

- Berani kerana benar, pengguna ada hak, walaupun jumlah RM7 bukan satu angka yang besar tetapi jangan sampai anda tertipu -

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…