Masuk laluan motosikal, pemandu Vios dan Bezza dakwa ikuti aplikasi navigasi Waze

oleh SALINA JALIL|
Dua pemandu kereta mendakwa memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya, semalam, kerana mengikut panduan aplikasi navigasi, Waze.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sudah melihat dua rakaman video tular di media sosial menunjukkan kereta Toyota Vios serta Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di lokasi berkenaan pada 12 tengah hari.

 

Katanya, berdasarkan siasatan rakaman itu, kereta Toyota Vios berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan, manakala pemandu kereta Perodua Bezza terbabit pula adalah wanita tempatan yang masing-masing berusia 33 tahun.

 

"Kedua-dua pemandu berkenaan membuat pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

 

"Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal selepas melihat banyak kenderaan masuk ke laluan berkenaan sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Nik Ezanee berkata, kedua-dua pemandu kereta itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Petaling Jaya, malam tadi.

 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

 

Terdahulu, dua rakaman video menunjukkan dua kenderaan terbabit melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya tular di media sosial sejak semalam.

 

 

- semakin lama semakin banyak kes pemandu kereta tersalah masuk laluan motosikal, semoga kita tidak melakukan kesalahan yang sama -

HM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai…
Informasi
"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan…
Berita Domestik
Perkara itu disuarakan Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong, Faz Adhili dalam usaha memastikan…