MASkargo galas tanggungjawab pastikan bekalan perubatan tiba dengan baik

oleh Mohamad Hanif|
MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) kini berkolaborasi dengan beberapa agensi kerajaan bagi memastikan mereka mendapat akses kepada bekalan dan peralatan perubatan yang diperlukan dari luar negara.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Menurut CEO MASkargo, Ibrahim Mohamed Salleh berkata, mereka kini sedang berbincang bagi menentukan pelan penerbangan dan pengurusan ruang kargo bagi memuatkan barang-barang perubatan yang kebanyakannnya dari negara China.

"Kami mengubah beberapa jadual pengangkut kami bagi menguruskan pergerakan kargo berprioriti tinggi ini, termasuklah mencari penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) di mana pesawat penumpang ditukarkan fungsi bagi mengangkut barangan kargo dari sana.

Minggu lalu, pesawat pertama P2C MH 289 telah menerbangkan bekalan perubatan yang merangkumi 300 ribu topeng muka pakai buang, 50,000 sut perlindungan serta 8,000 sut yang dilengkapkan dengan topeng mata disumbangkan oleh Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation.

Sementara itu, di Pulau Pinang, pasukan MASkargo menerima pujian apabila berjaya mengendalikan pergerakan kargo ke dalam penerbangan P2C Austrian Airways OS 6004.

Menurut pengurus kanan MASkargo Wilayah Utara, Ahmad Fahmi Awang menyifatkan ia satu pengalaman yang baharu buat pasukan apabila pertama kali memuatkan barangan dan karton ke dalam pesawat penumpang.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pasukan itu ditubuhkan dua bulan lalu dan dianggotai 30 individu yang mempunyai…
Berita Domestik
Sepuluh orang dipercayai maut selepas bas pekerja yang dinaiki mereka jatuh ke dalam longkang…