Masih ramai pemandu di Eropah mahukan enjin pembakaran dalaman - Mazda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sekarang ini agenda kenderaan dengan teknologi elektrik sedang bergerak hebat. Boleh dikatakan jika sesebuah syarikat automotif tidak memasukkan atau menghebahkan teknologi kenderaan elektrik maka boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman.

Bukan setakat pengeluar kenderaan, kerajaan pun turut sama dengan agenda ini sehingga ada yang mahu haramkan terus enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti diesel dan petrol.

Tetapi benarkah itu yang dimahukan pengguna?
Kawasaki Legend Reborn
Mazda MX-5

 

Untuk mendapatkan kepastian, syarikat automotif yang sentiasa menongkah arus iaitu Mazda telah membuat satu kajian yang diberi nama The Mazda Driver Project research dengan kerjasama Ipsos MORI.

Kajian tersebut mengambil kira tinjauan seramai 11,008 orang merentasi pasaran utama Eropah dan ia diadakan dari 7 hingga 22 September 2017.

Hasilnya?

55 peratus pemandu United Kingdom dan hampir 60 peratus pemandu Eropah melihat masa depan yang positif untuk enjin petrol dan diesel.

Secara purata 58 peratus responden mempercayai bahawa masih banyak lagi inovasi dan penambah baikan boleh dibuat dalam teknologi petrol dan diesel.

 

Mazda CX-5

 

Dapatan ini juga memberitahu satu perkara penting iaitu pengguna tidak semestinya bersetuju dengan dakwaan banyak organisasi lain bahawa enjin pembakaran dalaman tidak mempunyai tempat dalam kenderaan masa depan.

Selain itu, 29 peratus pemandu di UK berharap agar kenderaan diesel akan terus wujud walaupun kenderaan elektrik semakin menjadi kebiasaan manakala 44 peratus berharap kenderaan petrol terus kekal.

36 peratus pemandu pula menyatakan mereka akan memilih kereta diesel atau petrol jika kos penyelenggaran kereta elektrik pada tahap yang sama.

Kajian tersebut turut menyentuh satu lagi bidang lain yang sedang hangat diperkatakan iaitu hanya 29 peratus pemandu UK mengalu-alukan kemajuan kenderaan pemanduan autonomi.

 

Mazda KAI

 

Walaupun begitu, Mazda tetap dalam rencananya melalui teknologi pemanduan canggih Mazda Co-Pilot Concept yang menggunakan teknologi autonomi dalam memberikan ketenangan minda kepada pemandu.

Untuk masa akan datang, Mazda mempunyai visinya yang tersendiri iaitu Sustainable Zoom-Zoom 2030 di mana mereka mahu menggabungkan kecanggihan teknologi pembakaran dalaman dengan teknologi elektrifikasi. 

Mazda sudah pun mempunyai produk untuk cita-cita ini yang dikenali sebagai SKYACTIV-X. 

SKYACTIV-X adalah enjin petrol komersil pertama di dunia yang menggunakan nyalaan mampat (compression ignition) dengan mengabungkan kelebihan pada enjin petrol dan diesel bagi mencapai tahap mesra alam sekitar yang baik serta prestasi pecutan dan kuasa. 

 

Mazda CX-5

 

Mazda juga percaya pemanduan adalah satu skil yang masih lagi orang ramai sukai. Ia adalah satu aktiviti yang boleh menyumbang kepada keseronokan dan kebaikan dan ramai masih mahu mengekalkan kemahiran ini untuk generasi akan datang.

Dakwaan ini turut disokong oleh dapatan kajian di mana 69 peratus pemandu berharap agar generasi akan datang masih berpeluang untuk memandu kereta.

Hasil lebih tinggi didapati di kalangan responden di Poland iaitu sebanyak 74 peratus dan 70 peratus di UK, Jerman, Perancis dan Sweden.

Apa pun terima kasih kepada Mazda kerana tidak terbawa-bawa dalam agenda elektrifikasi dan pemanduan autonomi. Syukurlah masih terdapat pengeluar yang masih ingat bahawa kereta bukan objek semata-mata tetapi sebuah jiwa!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah lima tahun berlalu, Mazda telah menerbitkan sebuah video acah ringkas yang memaparkan…
Berita Domestik
Kini, dengan pelaksanaan cukai SST bermula pada 1 September 2018, Bermaz Auto kini mengemaskini…
Berita Global
Berbanding enjin rotary lazim yang sedia kompak dan akan menghasilkan bunyi buzzing ikonik pada…