Masih ingat Toyota Town Ace? Ini model 2020 pasaran Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Town Ace
Toyota Town Ace
Toyota Lite Ace memiliki sejarah panjang dengan pengeluaran generasi pertama pada November 1970 di Jepun. Lite Ace bermula sebagai lori sebelum dikeluarkan dalam bentuk van.

Lite Ace diposisikan bagi mengisi jurang di antara Mini Ace yang lebih kecil dan Hi Ace yang lebih besar.

Lite Ace versi van turut dijual di negara kita dan walaupun sudah berusia masih boleh ditemui di jalan raya terutama sekali generasi ketiga dengan lampu petak.

Sepanjang puluhan tahun Lite Ace berada di pasaran adalah perkara biasa untuk dijenamakan semula sebagai Daihatsu Delta.

Satu lagi fakta penting apabila Lite Ace turut dikembangkan kepada Town Ace, juga model popular dari Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Town Ace

Pada Oktober 2007, Daihatsu mengeluarkan van dan pikap baharu yang dikenali sebagai Gran Max. Van ini dipasang di Indonesia dan dieksport ke Jepun pada 2008 dengan nama Lite Ace dan Town Ace.

Ini pula perkembangan terbaru Town Ace dan Gran Max.

Pada 22 Jun 2020, Toyota mengumumkan penawaran Town Ace yang dipertingkatkan dan dijadual untuk diedar di Jepun pada bulan September. 

Daihatsu juga melakukan perkara yang sama dan menawarkan Gran Max di Jepun.

Toyota Town Ace

Memandangkan Gran Max dan Town Ace dipasang di Indonesia, ini adalah kali pertama kenderaan Daihatsu yang dipasang di luar negara dijual di Jepun. 

Dari segi visual, Town Ace kelihatan sama seperti sebelumnya kecuali lampu utama LED dengan pelarasan aras manual dan lampu belakang rekaan baharu. 

Town Ace versi van didatangkan dengan cermin sisi baharu yang mempunyai lampu isyarat berbanding cermin sisi biasa pada versi pikap.

Perubahan terbesar dan paling canggih ialah pada teknologi keselamatan seperti berikut:

 

  • Amaran Pelanggaran/Penghindaran kemalangan yang menyokong fungsi pembrekan dan pengesanan pejalan kaki pada waktu malam dan penunggang basikal pada waktu siang.
  • Amaran penukaran laluan.
  • Accidental start suppression function with brake control. Berfungsi apabila injak minyak disalah tekan seperti di lot parkir dan sebagainya.
  • Leading vehicle start notification function. Memberi makluman kepada pemandu apabila kenderaan hadapan mula bergerak.
  • Lampu puncak automatik.

 

Toyota Town Ace

 

Menggerakkan Town Ace ialah enjin 1.5L 2NR-VE (model sama seperti Perodua Myvi dan Aruz) dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Jenis pacuan pula ada dua iaitu roda depan atau 4WD. 

Dari segi kapasiti, Town Ace versi van mempunyai pilihan dua dan lima penumpang manakala versi pikap pula hanya dua penumpang.

Toyota Town Ace

Berkenaan harga, Town Ace versi van dijual dari 1,819,000 yen (RM72,802) hingga 2,347,000 yen (RM93,934).

Town Ace versi pikap pula dari 1,677,000 yen (RM67,119) hingga 2,129,000 yen (RM85,209).

Sebuah lagi versi iaitu Town Ace TECS (muatan sejuk dan platform jenis lif) dijual dari 2,117,000 yen (RM84,729) hingga 3,625,000 yen (145,084).

Toyota mensasarkan untuk menjual 700 van dan 300 pikap Toyota Town Ace sebulan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin.