Masih ingat Renault Arkana? Ini saudara kembarnya iaitu RSM XM3 INSPIRE

oleh Muhammad Md Tajudin|
 RSM XM3 INSPIRE
RSM XM3 INSPIRE
Masih ingat tentang Renault Arkana yang kami paparkan sebelum ini?

Segmen SUV coupé semakin berkembang dan bukan milik jenama premium seperti BMW atau Mercedes-Benz sahaja.

Buktinya selepas Renault memperkenalkan Arkana untuk pasaran Rusia, Geely menawarkan FY11.

Sama ada kebetulan atau tidak, dalam sela masa yang pendek selepas FY11, Porsche memperkenalkan Cayenne Coupé.

Penulis rasakan tidak lama sebelum beberapa pengeluar ternama lain turut mengeluarkan model dalam segmen ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
RSM XM3 INSPIRE

 

Selepas Arkana, Renault Samsung Motors (RSM) memperkenalkan SUV coupé XM3 INSPIRE pada Pameran Kenderaan Seoul 2019.

Model ini akan dikeluarkan di Busan dan dilancarkan kepada umum pada setengah tahun pertama 2020.

Kenapa pengeluar ternama berminat dengan SUV coupé? Limpahan populariti SUV dan direka untuk mereka yang mahukan sebuah SUV premium dengan bentuk badan coupé.

SUV coupé ibarat kereta sport dengan praktikaliti seperti sebuah SUV.

Di dalam segmen ini, Renault tampil sebagai pengeluar pertama yang mengeluarkan coupé SUV untuk pasaran kebanyakan.

 

RSM XM3 INSPIRE

RSM tidak berselindung untuk mengakui XM3 INSPIRE dipengaruhi Renault Arkana yang dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Moscow tahun lalu.

Tambahan pula 80.1 peratus pegangan dalam RSM dimiliki Renault manakala bakinya oleh Samsung.

Jika Arkana untuk pasaran Rusia, XM3 INSPIRE ini diberi sentuhan semula oleh Renault Design Asia dan RSM.

Satu lagi yang menarik, siaran media RSM jujur menerangkan perbezaan di antara Arkana dan XM3 INSPIRE.

Perbezaan yang dikongsikan ialah warna badan pearlescent white dengan kemasan oren pada gril, garisan bawah pintu dan bampar belakang.

 

RSM XM3 INSPIRE

 

Ia juga dibezakan dengan rekaan semula gril, bampar depan dan belakang, corak roda dan bahagian bawah pintu.

Perkakasan lain adalah sama terutama sekali lampu berbentuk C yang merupakan identiti baharu Renault.

Berkenaan nadi kuasa, tiada maklumat mengenainya dan RSM juga tidak mendedahkan kabin SUV ini untuk dilihat.

Apa pun, tidak kira Arkana atau XM3 INSPIRE kedua-duanya memberitahu bahawa ini mungkin masa depan segmen SUV.

Disebabkan itu kami rasa Geely FY11 juga wajar diperkenalkan di pasaran tempatan. Lagi pun kita sudah biasa dengan model coupé seperti Proton Gen.2.

Lama-lama nampak cantik pula coupé SUV begini bukan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin