Masih ada tak faham kenapa RFID diperkenalkan

oleh HEZERI SAMSURI|
Walaupun sambutan terhadap sistem RFID diterima baik oleh ramai pengguna, masih ada segelintir yang beranggapan negatif dan ada juga yang menuduh PLUS Berhad cuba "membuli" pengguna dengan pengenalan sistem RFID.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Visi kerajaan ialah untuk mewujudkan sistem pembayaran tol yang bebas dari kesesakan menerusi model Multi Lane Free Flow, dan ini selari dengan SOP Keselamatan Norma Baharu di mana ia mengurangkan atau langsung tidak ada interaksi dengan jurutol.

Negara Malaysia mempunyai 30 syarikat konsesi lebuhraya yang diuruskan secara berasingan, kecuali enam yang berada di bawah seliaan PLUS Berhad.

Kesemua 30 konsesi itu hanya dibenarkan menggunakan sistem pembayaran Touch N Go dan sistem RFID ini pula menggunakan perkhidmatan Touch 'n Go (TNG) eWallet, yang diuruskan pula oleh TNG Digital. 

TNG Digital pula ialah usahasama antara Touch 'n Go Sdn Bhd (milik penuh CIMB Group Holdings Berhad) dan ANT Financial Group (dahulunya dikenali sebagai AliPay, berpengkalan di Hangzhou, China).

Seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini, sistem RFID adalah antara sistem yang paling popular digunakan untuk laluan tol tanpa palang.

Ia juga disambungkan terus kepada aplikasi eWallet anda, bermakna anda tidak perlu beratur secara fizikal untuk menambah nilai. 

Namun begitu, laluan tol tanpa palang turut memerlukan sistem sokongan, iaitu kamera digital dengan pengimbas diperlukan bagi tujuan mengesan kenderaan yang lalu di tol itu dan gagal dibaca oleh RFID.

Ini adalah masalah terbesar negara kita kerana plet nombor "fancy" akan menyukarkan tugas sistem berkamera.

Jika anda perhatikan, semua negara yang menggunakan tol tanpa palang ini menggunakan plet nombor yang diberikan oleh agensi kerajaan sahaja, bukan yang boleh dibuat di kedai-kedai.

Sistem Smart Tag sebenarnya masih boleh digunakan kerana pengimbasnya mampu membaca data peranti Smart Tag pada kelajuan sehingga 100 kmsj. 

Tetapi, sistem RFID ialah satu sistem yang jauh lebih mampu dan lebih ringkas kerana ia cuma berharga RM35 berbanding RM150 untuk peranti Smart Tag dan RFID tidak perlu penyelenggaraan kerana tidak ada bateri seperti Smart Tag. 

Nampaknya sekarang, pasaran Smart Tag memang bakal menguncup kerana RFID akan terus menjadi fokus utama dalam memodenkan sistem rangkaian lebuhraya Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…