Project24 membawakan spesifikasi Maserati MC20 yang dipertingkatkan dengan reka bentuk baharu.
Enjin 3.0L V6 Nettuno dipasang pengecas turbo baharu dan kuasa bertambah kepada 740 hp berbanding 630 hp pada MC20.
Maserati turut mempertingkatkan bahagian suspensi, sistem pembrekan, tayar dan ciri-ciri keselamatan mengikut standard FIA.
Selain kuasa, Maserati mensasarkan untuk menurunkan berat ke bawah 1,250 kg dan jika berjaya, nisbah kuasa kepada berat ialah kira-kira 1.69 kg/hp.
Project 24 direka oleh Pusat Gayaan Maserati (Centro Stile Maserati) dan mempunyai identiti baharu dan boleh dilihat dari gambar yang diberikan.
Badan lebar, rendah, garang dan spoiler tinggi.
Bahagian dalam seperti biasa, dipasang rangka keselamatan dan kerusi penumpang sisi bukan komponen standard. Pesan baru pasang!
Maserati tidak memaklumkan berapa harga kereta hiper litar ini dan pastinya bukan murah.
Biasanya juga, kereta sebegini dibeli oleh individu yang sudah mempunyai kereta hebat dan terhad yang lain.
Sekadar makluman, versi jalanan Maserati MC20 sudah pun dilancarkan di negara kita. Harganya? Dari RM1,078,000 tidak termasuk takaful, cukai dan aksesori pilihan pembeli.
Berikut ialah spesifikasi Maserati Project 24:
Rangkaian kuasa
- 3,000 cc Nettuno V6 90º turbo berkembar
- 740 hp
- Maserati Twin Combustion (MTC) Twin Spark dengan kawalan pembakaran berganda TJI
- Takungan kering (dry sump)
- Kotak gear perlumbaan enam kelajuan sequential dengan paddle shifter
- Klac perlumbaan dan LSD jenis mekanikal penguncian sendiri
- 2WD
Badan dan casis
- Badan dari gentian karbon dengan beberapa komponen dari gentian asli
- Kerangka tengah monocoque dari gentian karbon
- Ukuran badan 2,020 mm lebar, 1,220 mm tinggi
- Lampu depan LED
- Sayap depan dan belakang boleh laras
- Cermin depan dan sisi Lexan (polikarbonat)
- Berat kering kurang 1,250 kg
- Jek udara 3/4 dalam kereta (on-board)
Kelengkapan keselamatan
- Tangki minyak 120 L FT3 homologasi FIA
- Pemadam api spesifikasi FIA
- Rangka keselamatan homologasi FIA
Brek
- Brembo CCMR (carbon ceramic material)
Roda
- 18 inci aluminium forged
Dalaman
- Kerusi lumba (pilihan untuk kerusi penumpang)
- Kotak pedal perlumbaan boleh laras
- Turus stereng boleh laras
- Tali pinggang keledar perlumbaan enam sudut
- Stereng gentian karbon pelbagai fungsi dan paparan terbina dalam
- Kamrea paparan belakang (pilihan)
- Perakam telemetri (pilihan)
- Kamera kabin untuk rakaman video (pilihan)
- Sistem pengambilan pemuka dan data
- Paparan optimasi prestasi pemanduan (pilihan)
- Penyaman udara
- Sistem pengawasan tekanan tayar (pilihan)
- ABS perlumbaan boleh laras dan kawalan cengkaman
Penulis: Muhammad Md Tajudin